Mulakan penemuan fakta-fakta menakjubkan berkenaan dunia di sekeliling kita dengan buku ini:SIRI FENOMENA ALAM GEMPA BUMI & TSUNAMI Buku rujukan bergambar yang hebat ini akan mempesona dan mendidik kanak-kanak daripada semua peringkat umur.
---
GEMPA BUMI BERSIRI
Kadangkala gempa bumi tidak terjadi sekali sahaja. Ada gempa yang terjadi secara bersiri iaitu dimulai dengan gempa pendahuluan (foreshock), diikuti gempa utama (mainshock) dan diakhiri dengan gempa susulan (aftershock). Gempa bersiri ini terjadi di tempat yang sama.
Gempa pendahuluan dan gempa susulan ialah satu siri gempa yang lebih kecil ukurannya berbanding gempa utama. Bergantung kepada kekuatan gempa utama, gempa susulan boleh terjadi dalam masa beberapa minggu, beberapa bulan malah beberapa tahun selepas terjadinya gempa utama.