ZARA dan Ryan, masing-masing ada sejarah hitam yang tak mahu mereka kenang. Ryan masih meratapi cinta yang hilang hingga sanggup mengecewakan orang lain. Zara pula hidup dalam kebimbangan kerana melarikan diri daripada โhantuโ silamnya.
Mereka berjanji menjadi โteman tapi mesraโ, tetapi tak siapa sangka, panahan cinta sudah mengena tepat di hati mereka.
Namun, cinta yang didambakan Ryan ialah cinta terhalang. Zara tidak boleh menjadi miliknya kerana gadis itu hak orang lain. Lantas bagaimanakah Ryan merebut cinta kali kedua ini?
โUsah bimbang, Ryan. Kalau aku nak cari teman istimewa, aku akan pilih kau dulu.โ - Zara