Sumpahan Legenda

Hilal Asyraf Resources
5.0
3 ulasan
e-Buku
430
Halaman
Rating dan ulasan tidak disahkan  Ketahui Lebih Lanjut

Perihal e-buku ini

Legenda merupakan gelaran agung di dalam dunia pertarungan. Para pendekar dan pahlawan zaman-berzaman merebutinya.


Sudah terlalu banyak darah mengalir dan nyawa melayang disebabkan ramai yang mahu menyangdangnya. Hanya dengan menumpaskan penyandang sebelumnya, barulah seseorang pendekar itu dinobarkan gelaran Legenda.


Tetapi tiga dekad yang lepas, penyandangnya yang terakhir telah menghilangkan diri mengakibatkan tidak ada sesiapa mampu merampas gelaran tersebut secara rasmi selepas itu.


Rusyd, pemuda berusia 20-an, turun dari Puncak Tanpa Nama sebaik sahaja pertapaannya tamat, dengan satu misi – menuntut bela kematian ayahanda dan bondanya yang telah dibunuh oleh pendekar satu sebuah sekolah persilatan.


Di tengah kembara, Rusyd bertemu dengan misteri gelaran Legenda, dan perjalanannya untuk melunaskan dendam membara, kini terlilit dengan misteri tersebut, menariknya ke konflik yang lebih besar!

Rating dan ulasan

5.0
3 ulasan

Perihal pengarang

MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University dalam bidang Usuluddin. Telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulungnya, Novel VT(Volleyball Team). Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen, dan kini telah menghasilkan lebih 40 buah judul karya. Beliau juga merupakan pengasas website langitilahi.com dan kini menguruskan perniagaan penerbitannya sendiri – Hilal Asyraf Resources.

Berikan rating untuk e-Buku ini

Beritahu kami pendapat anda.

Maklumat pembacaan

Telefon pintar dan tablet
Pasang apl Google Play Books untuk Android dan iPad/iPhone. Apl ini menyegerak secara automatik dengan akaun anda dan membenarkan anda membaca di dalam atau luar talian, walau di mana jua anda berada.
Komputer riba dan komputer
Anda boleh mendengar buku audio yang dibeli di Google Play menggunakan penyemak imbas web komputer anda.
eReader dan peranti lain
Untuk membaca pada peranti e-dakwat seperti Kobo eReaders, anda perlu memuat turun fail dan memindahkan fail itu ke peranti anda. Sila ikut arahan Pusat Bantuan yang terperinci untuk memindahkan fail ke e-Pembaca yang disokong.