Akif yang tidak pernah merasai nikmat mengadakan aktiviti pada malam sepertimana rakan-rakan sekolahnya, mula mempengaruhi Farhan supaya menyertainya untuk menyiasat misteri sebenar kewujudan cik pontianak.
Farhan bukannya tidak curiga tetapi dia bimbang kalau-kalau ada misteri yang tidak sepatutnya mereka rungkai. Ada klu yang menguatkan firasatnya bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan Kampung Mata Tiga.
Aku tak boleh bertindak melulu. Kalau tekaan aku benar, nyawa nenek tentu terlibat sama. Papa tak hantar aku ke sini untuk bahayakan nyawa nenek! - Farhan