SOMBONGLAH AWAK NI!

· Ana Muslim Sdn Bhd
e-Buku
80
Halaman
Rating dan ulasan tidak disahkan  Ketahui Lebih Lanjut

Perihal e-buku ini

Siri Nilai Murni Adik Muslim - Sombonglah Awak Ni!


Buku ini mengandungi dua buah cerita nilai murni untuk kanak-kanak bagi memupuk rasa tanggungjawab dan kasih sayang antara satu sama lain.


“ SOMBONGLAH AWAK NI! ” mengisahkan tentang Sim Mei, seorang murid yang sombong dan mementingkan diri sendiri. Sim Mei yang baru sahaja berpindah ke sekolah baharu, tidak mempunyai kawan dan tidak disenangi oleh guru-gurunya. Puan Hani, guru kelas Sim Mei, telah menerima banyak aduan tentang Sim Mei. Akhirnya, dia membawa Sim Mei berjumpa dengan guru besar dan Sim Mei telah didenda mencuci tandas. Namun, sesuatu telah berlaku kepada Sim Mei. Apa yang berlaku kepada Sim Mei ya? Apa pula yang terjadi kepada Sim Mei selepas itu?

“ SABARLAH RAHIM” mengisahkan Rahim, seorang murid yang terburu-buru dalam melakukan sesuatu. Setiap perkara dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa. Sikapnya itu membuatkan dia dimarahi oleh Cikgu Linda kerana tidak melakukan tugasan yang diberi dengan baik dan menimbulkan rasa kurang senang pada rakannya. Pada suatu hari, seorang murid perempuan terjatuh dan dahinya terluka. Kejadian itu membuatkan Rahim berasa sungguh takut. Mengapa Rahim berasa takut ya? Adakah Rahim yang menyebabkan murid itu terjatuh? 


Jika kawan-kawan ingin tahu jawapannya, jangan lupa dapatkan buku ini

Berikan rating untuk e-Buku ini

Beritahu kami pendapat anda.

Maklumat pembacaan

Telefon pintar dan tablet
Pasang apl Google Play Books untuk Android dan iPad/iPhone. Apl ini menyegerak secara automatik dengan akaun anda dan membenarkan anda membaca di dalam atau luar talian, walau di mana jua anda berada.
Komputer riba dan komputer
Anda boleh mendengar buku audio yang dibeli di Google Play menggunakan penyemak imbas web komputer anda.
eReader dan peranti lain
Untuk membaca pada peranti e-dakwat seperti Kobo eReaders, anda perlu memuat turun fail dan memindahkan fail itu ke peranti anda. Sila ikut arahan Pusat Bantuan yang terperinci untuk memindahkan fail ke e-Pembaca yang disokong.