Orked Abdul Razak, dia diberhentikan kerja kerana gagal menyiapkan PhD. Dengan hutang keliling pinggang, dia menghabiskan hari-harinya demi mencari duit dengan membuat 4-5 part time serentak. Kemurungan menyeliputi hidup Orked hingga dia tega mahu mencabut nyawa sendiri. Namun semuanya berubah tatkala dia berjumpa dengan Muhammad Seth Azman.
"Jangan risau Orked... Allah bagi kau hutang dua ratus ribu, mungkin sebab dia nak bagi kau rezeki satu juta..." SETH
"Kau tak suka bila kau terpaksa bergantung pada orang lain. Tapi kau sedar tak, punca semua masalah tu datang daripada diri kau sendiri? Kau pandai kata aku zalim pada diri sendiri. Habis tu, apa yang kau tengah buat sekarang ni?" ORKED