
ely nailah
- Flag inappropriate
- Show review history
Novel ini mengisahkan Orked yang bergelut dengan masalah kewangan selepas gagal menamatkan PhD dan menanggung komitmen hutang ribuan ringgit. Seth pula seorang atlet taekwando yang menghidapi PSTD (post traumatic stress disorder) sejak ditimpa kejadian ngeri semasa zaman kanak-kanak yang meninggalkan kesan trauma. Seth dan Orked dipertemukan apabila mereka terlibat dalam sebuah kemalangan kereta dan sejak itu perhubungan mesra mula terjalin di antara mereka. Saya telah lama mengikuti siri novel ini yang disiarkan di laman Wattpad dan sangat teruja apabila penulis menerbitkan versi penuh walaupun dalam bentuk ebook.Jujurnya, saya bukanlah peminat genre romance tetapi saya amat tertarik dengan jalan cerita yang digarap penulis- jauh daripada plot klise dan typical dalam kebanyakan novel romance Melayu. Membaca novel ini membuatkan saya terasa karya ini adalah cerminan realiti hidup yang membuatkan pembaca terasa dekat dan ‘connected’ dengan watak-watak dan latar belakang cerita. Kenapa saya sangat-sangat berkenan dengan novel ini adalah beberapa faktor utama. Pertama, gaya bahasa penulis yang santai dan bersahaja.Tak skema/formal walaupun watak2 dalam cerita ini adalah golongan berpendidikan tinggi dan berkerjaya profesional. Saya sangat terhibur dengan loghat Kedah yang dituturkan Orked dan ahli-ahli keluarganya.Juga dialog yang lucu dan mencuit hati antara Seth dan kawan-kawannya. Unexpected plot twist di tengah cerita. Langsung tak terfikir dan sangat mengejutkan bila penulis memberikan ‘surprise’ yang di luar jangkaan pembaca. Nak tahu, sila beli dan baca sendiri 😊) Pakej yang lengkap dan cukup perencah dan segala rasa semuanya ada di dalam novel ini.Ada unsur komedi, sedih, saspen, drama,curiosity,semuanya membuatkan saya tak boleh berhenti membaca. Awas, part2 sedih boleh berjurai air mata dibuatnya! Kalau anda suka karya fiksyen berilmiah, inilah dia buku ini. Padat dengan info, pengetahuan, maklumat ditulis dengan terperinci. Ada ilmu sains, teknologi, medikal, psikologi, sukan, agama, motivasi, perniagaan, pengetahuan am.Bacaan yang sangat bernilai dan berkualiti tinggi. Pujian untuk penulis yang gigih menghasilkan sebuah karya yang bukan sekadar bacaan kosong tetapi penuh dengan ilmu pengetahuan. Siapa yang jemu dan muak dengan cliche romance plot seperti anak CEO kahwin anak driver, kahwin kontrak, mak mertua dan ipar kejam, ya, buku ini sangat-sangat digalakkan untuk anda. Kalau anda jenis tak minat romance story pun, saya tetap recommend novel ini sebab, unsur romance dalam karya ini juga digarap sederhana sahaja dan lebih memfokuskan kepada perkembangan dan latar belakang watak-watak. Tak ada gedik-gedik dan babak romen yang melebih-lebih atau memualkan. Senang cerita..THIS BOOK IS STRONGLY AND HIGHLY RECOMMENDED. Salah satu karya bergenre romance yang unik dan berbeza daripada kebanyakan novel romantik di pasaran Malaysia.Overall, saya sangat puas hati baca novel ni dari start sampai habis. Kepada pembaca di luar sana, saya sangat2 galakkan anda beli dan baca novel sebab gerenti anda takkan menyesal. Sokong penulis kita!
1 person found this review helpful

Angel_k20
Novel ini sangat berbaloi untuk dibaca sehingga ke noktah terakhir. Ia padat dengan info ilmiah, nilai murni, dan fakta sahih. Penggunaan ayat sangat gramatis, bersahaja, dan ringan dibaca. Sebenarnya Ilusi- novel ini sesuai dibaca oleh semua peringkat umur. Rasa gembira, suka, riang, geram, marah, sedih dan pelbagai lagi rasa diolah dengan sangat baik sehingga membuatkan pembaca turut dapat merasai perasaan watak-watak di dalam cerita. Secara keseluruhannya, novel ini layak mendapat rating "5 BINTANG".
1 person found this review helpful