SANG PEMIMPI

· JT Books
5.0
1 則評論
電子書
212
評分和評論未經驗證  瞭解詳情

關於本電子書

Andrea Hirata pernah memenangi beberapa anugerah sastera peringkat antarabangsa. Antaranya, beliau memenangi New York Book Festival 2013 menerusi naskhah The Rainbow Troops, Laskar Pelangi edisi Amerika, terbitan Farrar, Straus & Giroux, New York bagi kategori General Fiction. Seterusnya beliau turut menjuarai Buchawards 2013, Germany menerusi naskhah Die Regenbogen Truppe iaitu Laskar Pelangi edisi Jerman, terbitan Hanser-Berlin. Andrea juga pernah memenangi seleksi short story majalah sastera terkemuka di Amerika, Washington Square Review, New York University, edisi Winter/Spring 2011 melalui karya penanya yang berjudul My Susan. Sebaris dengan pemenang Hadiah Nobel Kesusasteraan, Orhan Pamuk dan Nadine Gordimer, esei Hirata berjudul View from My Window terpilih dalam buku Windows on The World, 50 Writers 50 Views, Matteo Pericoli, Penguin, New York.

Tahun 2010, Andrea mendapat biasiswa pendidikan sastera di International Writing Program (IWP), University of Iowa, USA. International Bestseller Laskar Pelangi (The Rainbow Troops) telah diterbitkan ke 25 versi bahasa asing, diedarkan di lebih 130 buah negara dan menjadi rujukan di banyak sekolah dan institusi luar negara bagi studi pendidikan, sastera dan budaya Indonesia. The Rainbow Troops terpilih sebagai karya sastera kategori Vintage oleh penerbit Random House dan dilonjakkan oleh sasterawan Timur Tengah sebagai novel paling digemari 2014. Novel itu turut diadaptasi di dalam dan luar negara kepada filem, teater, muzikal, audio book dan koreografi oleh Washington City Dance Company, USA.

Tahun 2015, bersama sutradara Inggeris, Mike Leigh, Andrea Hirata mendapat anugerah Doctor Honoris Causa dalam bidang sastera daripada University of Warwick, United Kingdom. Kemudian pada tahun 2017, beliau menerima penghargaan budaya daripada pemerintah Perancis bagi karyanya Les Guerrieres de Laskar Pelangi (Laskar Pelangi edisi Perancis), terbitan Mercure de France. Andrea juga berjaya meraih Master of Science (M.Sc) dalam bidang Teori Ekonomi di Sheffield Hallam University, United Kingdom dengan menerima biasiswa.

Kini, Andrea adalah satu nama penting dalam penulisan kreatif di pelbagai universiti di dalam dan luar negara, serta mempromosikan minat membaca dan menulis melalui lebih dua puluh muzium sastera persendirian malah satu-satunya di Indonesia, iaitu Museum Kata Andrea Hirata, sejak 2009, di kampung kelahirannya di Belitong.


評分和評論

5.0
1 則評論

為這本電子書評分

歡迎提供意見。

閱讀資訊

智慧型手機與平板電腦
只要安裝 Google Play 圖書應用程式 Android 版iPad/iPhone 版,不僅應用程式內容會自動與你的帳戶保持同步,還能讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
筆記型電腦和電腦
你可以使用電腦的網路瀏覽器聆聽你在 Google Play 購買的有聲書。
電子書閱讀器與其他裝置
如要在 Kobo 電子閱讀器這類電子書裝置上閱覽書籍,必須將檔案下載並傳輸到該裝置上。請按照說明中心的詳細操作說明,將檔案傳輸到支援的電子閱讀器上。