┬а
Sakuragi, walaupun masih dalam ragu, mengorak langkah mencari ilmu mengenai Islam hingga menemukannya dengan imam Masjid Otsuka, Yusuf Asahi bin Abdullah yang bersetuju untuk mengajar Sakuragi berkenaan agama Islam.
┬а
Bagaikan cawan yang kosong, dapatkah Sakuragi menerima dengan mudah segala ilmu yang dicurahkan oleh Yusuf Asahi? Bagaimana pula dengan kehidupan Nuri Wardah setelah kembali ke Malaysia apabila terpaksa berhadapan dengan dilema yang tidak berkesudahan?
Pemilik kepada nama sebenar, Faez Ismael. Memilih menggunakan nama pena┬аPaeh Design┬аberdasarkan kepada kerjaya sebagai pereka grafik┬аfreelance. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi dari UiTM. Bermula dengan memuatnaik karya di media sosial, beliau kini aktif menganjurkan bengkel komik selain aktiviti bersama dengan Daie Kreatif Venture dalam menghasilkan komik berunsur dakwah. Antara judul komik tersebut adalah┬аTarbiah No Namida, Andai Ku Rapuh, Bukan Berkhutbah┬аdan┬аInkramadhan. Merupakan pelukis dan berkolaborasi dengan penulis MF Zakaria bagi komik┬аSakura No Suki 2┬аyang merupakan jilid ke-2 terbitan bersama Buku Puris.
Singkatan dari Muhammad Faezan bin Zakaria, MF Zakaria merupakan seorang graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi dari UiTM. Berbekalkan pengalaman sebagai seorang eksekutif pemasaran, MF Zakaria memulakan kerjaya sebagai┬аfreelance┬аpada akhir 2016 dengan fokus utama terhadap rekaan grafik. Selain itu, beliau mula berjinak dengan seni lukisan digital serta penulisan kreatif dengan dorongan dan sokongan daripada rakan sepengajian, Paeh Design.┬аSakura No Suki 1 & 2┬аterbitan Buku Puris merupakan hasil penulisan kreatif MF Zakaria berkolaborasi bersama Paeh Design sebagai pelukis.