SAKURA NO SUKI

Β·
Β· SAKURA NO SUKI Π’ΠΎΠΌ 1 Β· Galeri Ilmu Sdn Bhd
5,0
3 Ρ€Π΅Ρ†Π΅Π½Π·ΠΈΠΈ
Π•-ΠΊΠ½ΠΈΠ³Π°
128
Π‘Ρ‚Ρ€Π°Π½ΠΈΡ†ΠΈ
Bubble Zoom
ΠžΡ†Π΅Π½ΠΈΡ‚Π΅ ΠΈ Ρ€Π΅Ρ†Π΅Π½Π·ΠΈΠΈΡ‚Π΅ Π½Π΅ сС ΠΏΠΎΡ‚Π²Ρ€Π΄Π΅Π½ΠΈ Β Π”ΠΎΠ·Π½Π°Ρ˜Ρ‚Π΅ повСќС

Π—Π° Π΅-ΠΊΠ½ΠΈΠ³Π°Π²Π°

Sakuragi, seorang pelajar tahun akhir di Universiti Osaka, Jepun adalah seorang agnostik iaitu tidak punyai agama tetapi percaya kepada Tuhan. Pertemuannya denga Nuri Wardah yang merupakan sahabat Jawaher iaitu rakan sekuliahnya telah membuka episod baharu dalam kehidupannya.

Β 

Setelah enam bulan tamat pengajian dari universiti di Malaysia, Nuri Wardah datang bercuti ke Jepun atas jemputan Jawaher sambil menunggu tawaran kerja. Percutian Nuri Wardah ke Jepun itu dalam masa yang sama adalah untuk membantu Jawaher yang membuka gerai jualan fesyen Muslimah yang terdiri daripada pakaian tradisi Melayu, Jepun dan gabungan kedua-duanya di tapak Festival Sakura Osaka.

Β 

Dalam usaha untuk mengenali Nuri Wardah, Sakuragi cuba mengenali agama Islam yang dianuti oleh Nuri Wardah. Pencarian Sakuragi mengenai Islam adalah melalui Internet. Namun, apa yang ditemuinya berkaitan Islam membuatkan dia menjauhkan diri dari Nuri Wardah dan Jawaher. Keadaan ini membuatkan Sakuragi berada dalam dilema antara perasaannya terhadap Nuri Wardah dengan ajaran dan amalan dalam Islam itu sendiri.

Β 

Sakuragi buntu hingga membuatkan dia hampir kehilangan Nuri Wardah.


ΠžΡ†Π΅Π½ΠΈ ΠΈ Ρ€Π΅Ρ†Π΅Π½Π·ΠΈΠΈ

5,0
3 Ρ€Π΅Ρ†Π΅Π½Π·ΠΈΠΈ

Π—Π° Π°Π²Ρ‚ΠΎΡ€ΠΎΡ‚

Pemilik kepada nama sebenar, Faez Ismael. Memilih menggunakan nama penaΒ Paeh DesignΒ berdasarkan kepada kerjaya sebagai pereka grafikΒ freelance. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi dari UiTM. Bermula dengan memuatnaik karya di media sosial, beliau kini aktif menganjurkan bengkel komik selain aktiviti bersama dengan Daie Kreatif Venture dalam menghasilkan komik berunsur dakwah. Antara judul komik tersebut adalahΒ Tarbiah No Namida, Andai Ku Rapuh, Bukan BerkhutbahΒ danΒ Inkramadhan. Merupakan pelukis dan berkolaborasi dengan penulis MF Zakaria bagi komikΒ Sakura No SukiΒ yang merupakan terbitan pertama bersama Buku Puris.


Singkatan dari Muhammad Faezan bin Zakaria, MF Zakaria merupakan seorang graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi dari UiTM. Berbekalkan pengalaman sebagai seorang eksekutif pemasaran, MF Zakaria memulakan kerjaya sebagaiΒ freelanceΒ pada akhir 2016 dengan fokus utama terhadap rekaan grafik. Selain itu, beliau mula berjinak dengan seni lukisan digital serta penulisan kreatif dengan dorongan dan sokongan daripada rakan sepengajian, Paeh Design.Β Sakura No SukiΒ terbitan Buku Puris merupakan hasil penulisan kreatif pertama dari MF Zakaria berkolaborasi bersama Paeh Design sebagai pelukis.


ΠžΡ†Π΅Π½Π΅Ρ‚Π΅ ја Π΅-ΠΊΠ½ΠΈΠ³Π°Π²Π°

ΠšΠ°ΠΆΠ΅Ρ‚Π΅ Π½ΠΈ ΡˆΡ‚ΠΎ мислитС.

Π˜Π½Ρ„ΠΎΡ€ΠΌΠ°Ρ†ΠΈΠΈ Π·Π° Ρ‡ΠΈΡ‚Π°ΡšΠ΅

ΠŸΠ°ΠΌΠ΅Ρ‚Π½ΠΈ Ρ‚Π΅Π»Π΅Ρ„ΠΎΠ½ΠΈ ΠΈ Ρ‚Π°Π±Π»Π΅Ρ‚ΠΈ
Π˜Π½ΡΡ‚Π°Π»ΠΈΡ€Π°Ρ˜Ρ‚Π΅ ја Π°ΠΏΠ»ΠΈΠΊΠ°Ρ†ΠΈΡ˜Π°Ρ‚Π° Google Play Books Π·Π° Android ΠΈ iPad/iPhone. Автоматски сС синхронизира со смСтката ΠΈ Π²ΠΈ ΠΎΠ²ΠΎΠ·ΠΌΠΎΠΆΡƒΠ²Π° Π΄Π° Ρ‡ΠΈΡ‚Π°Ρ‚Π΅ онлајн ΠΈΠ»ΠΈ ΠΎΡ„Π»Π°Ρ˜Π½ ΠΊΠ°Π΄Π΅ ΠΈ Π΄Π° стС.
Π›Π°ΠΏΡ‚ΠΎΠΏΠΈ ΠΈ ΠΊΠΎΠΌΠΏΡ˜ΡƒΡ‚Π΅Ρ€ΠΈ
МоТС Π΄Π° ΡΠ»ΡƒΡˆΠ°Ρ‚Π΅ Π°ΡƒΠ΄ΠΈΠΎΠΊΠ½ΠΈΠ³ΠΈ ΠΊΡƒΠΏΠ΅Π½ΠΈ ΠΎΠ΄ Google Play со ΠΊΠΎΡ€ΠΈΡΡ‚Π΅ΡšΠ΅ Π½Π° Π²Π΅Π±-прСлистувачот Π½Π° ΠΊΠΎΠΌΠΏΡ˜ΡƒΡ‚Π΅Ρ€ΠΎΡ‚.
Π•-Ρ‡ΠΈΡ‚Π°Ρ‡ΠΈ ΠΈ Π΄Ρ€ΡƒΠ³ΠΈ ΡƒΡ€Π΅Π΄ΠΈ
Π—Π° Π΄Π° Ρ‡ΠΈΡ‚Π°Ρ‚Π΅ Π½Π° ΡƒΡ€Π΅Π΄ΠΈ со Π΅-мастило, ΠΊΠ°ΠΊΠΎ ΡˆΡ‚ΠΎ сС Π΅-Ρ‡ΠΈΡ‚Π°Ρ‡ΠΈΡ‚Π΅ Kobo, ќС Ρ‚Ρ€Π΅Π±Π° Π΄Π° ΠΏΡ€Π΅Π·Π΅ΠΌΠ΅Ρ‚Π΅ Π΄Π°Ρ‚ΠΎΡ‚Π΅ΠΊΠ° ΠΈ Π΄Π° ја ΠΏΡ€Π΅Ρ„Ρ€Π»ΠΈΡ‚Π΅ Π½Π° ΡƒΡ€Π΅Π΄ΠΎΡ‚. Π‘Π»Π΅Π΄Π΅Ρ‚Π΅ Π³ΠΈ Π΄Π΅Ρ‚Π°Π»Π½ΠΈΡ‚Π΅ упатства Π²ΠΎ Π¦Π΅Π½Ρ‚Π°Ρ€ΠΎΡ‚ Π·Π° помош Π·Π° ΠΏΡ€Π΅Ρ„Ρ€Π»Π°ΡšΠ΅ Π½Π° Π΄Π°Ρ‚ΠΎΡ‚Π΅ΠΊΠΈΡ‚Π΅ Π½Π° ΠΏΠΎΠ΄Π΄Ρ€ΠΆΠ°Π½ΠΈ Π΅-Ρ‡ΠΈΡ‚Π°Ρ‡ΠΈ.