Rempit Al-Fateh, Usah Letih

· Web Sutera
電子書
120
頁數
評分和評論未經驗證 瞭解詳情

關於這本電子書

Khas untuk buku ini, jom kita merempit gaya Al-Fateh! Banyak yang boleh kita ulas, tafsir dan mengambil ibrah (teladan dan pengajaran) dari kehidupan Sultan Muhammad Al-Fateh serta kepimpinannya. Sejarah tetap sejarah, insya-Allah ia bakal berulang. Justeru suruhan Allah agar ‘berjalan di atas muka bumi' ini.

Pendekatan saya mungkin berlainan untuk siri buku motivasi ini. Seperti buku yang terdahulu, masih santai, namun saya cuba padatkan agar kita lebih seronok menelaahnya. Saya selang-selikan dengan kisah, ayat-ayat al-Quran, hadis Nabi Muhammad SAW, kisah para Sahabat dan kisah umat terdahulu, serta pantun, tamsil, peribahasa dan puisi.

Semoga para pembaca dapat menyerap rencam penulisan - debar dan tenang, sayu dan gembira, gertak dan kasih sayang.

Dalam usaha membawa satu elemen motivasi kukuh, penulisan buku ini tidak lengkap sekiranya tidak diimbas kembali siapakah di belakang kejayaan Al-Fateh dan bagaimana misi baginda dibentuk dalam meralisasikan sabda junjungan Nabi akhir zaman. Justeru visi Sultan Uthman Al-Ghazi – pengasas sebenar Daulah Uthmaniah - menjadi titik tolak atau asas pembentukan sahsiah Sultan Muhammad Al-Fateh.

關於作者

WEB SUTERA atau nama sebenar Hizamnuddin bin Awang pernah menjadi Editor bagi subjek matematik di salah sebuah syarikat penerbitan. Selepas itu selama 11 tahun bekerja di MIMOS Berhad dan JARING Communications Sdn. Bhd. sebagai Penyelidik dan Pegawai Pemasaran yang fokus tugasnya kepada penulisan bahan-bahan pemasaran, pendidikan ICT / Internet dan branding.

Terlibat secara aktif menulis buku bermula tahun 2010. Kini sudah lebih 30 judul buku (novel, cerpen, puisi dan motivasi/inspirasi) berseorangan dan bersama penulis lain diterbitkan. Pemegang ijazah Sains Komputer (Kepujian) dari USM, dan memiliki sijil Penyuntingan Makalah Am dan Sains dari DBP dan Persatuan Linguistik Malaysia.

為這本電子書評分

請分享你的寶貴意見。

閱讀資訊

智能手機和平板電腦
請安裝 Android 版iPad/iPhone 版「Google Play 圖書」應用程式。這個應用程式會自動與你的帳戶保持同步,讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
手提電腦和電腦
你可以使用電腦的網絡瀏覽器聆聽在 Google Play 上購買的有聲書。
電子書閱讀器及其他裝置
如要在 Kobo 等電子墨水裝置上閱覽書籍,你需要下載檔案並傳輸到你的裝置。請按照說明中心的詳細指示,將檔案傳輸到支援的電子書閱讀器。