Halangan demi halangan ditempuh, hingga akhirnya Haifa terpilih sebagai ahli Genial. Namun kebenaran baru tersingkap saat dia menjejakkan kaki di kediaman yang disediakan khas untuk ahli kumpulan itu. Rupa-rupanya mereka semua adalah pemburu sejenis makhluk yang berupa seperti anjing besar bernama Beast, dan itu bukannya tugas yang main-main.
Selepas mengetahui kebenarannya, Haifa menjadi ragu. Mampukah dia menggalas tugasan itu? Dan sanggupkah dia membayar harga sebenar untuk menjadi seorang Genial?
(Buku Fixi)