Puaka Kereta Sewa

· ·
· PTS Media Group Sdn Bhd
4.5
2 ulasan
e-Buku
121
Halaman
Rating dan ulasan tidak disahkan  Ketahui Lebih Lanjut

Perihal e-buku ini

Tiba-tiba kain putih yang melekap di tingkap terbang melayang pergi. Mimi dan Julia saling memandang. “Alhamdulillah,” ucap Julia sedikit lega. Namun, apabila Julia mengalihkan pandangan ke hadapan semula, sekali lagi dia menjerit lantas menekan pedal brek rapat ke lantai. Berderit bunyi tayar kereta menggeser jalan. Enjin kereta tiba-tiba mati.

Di hadapan kereta sewa mereka, ada bungkusan putih yang berpunjut dan berdiri tegak di situ.

“Puchong,” ujar Julia perlahan dengan suara yang menggeletar.

“Pocong. Puchong kat Selangor, gila.” Mimi membetulkan, dengan suara yang ikut membisik dalam menggeletar.

Makhluk itu bergerak-gerak seperti mahu melepaskan diri daripada ikatan kain putih yang membalutnya. Selepas seketika ia diam. Kemudian ia bergerak-gerak semula dan melompat ke arah mereka berdua!

Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

Rating dan ulasan

4.5
2 ulasan

Berikan rating untuk e-Buku ini

Beritahu kami pendapat anda.

Maklumat pembacaan

Telefon pintar dan tablet
Pasang apl Google Play Books untuk Android dan iPad/iPhone. Apl ini menyegerak secara automatik dengan akaun anda dan membenarkan anda membaca di dalam atau luar talian, walau di mana jua anda berada.
Komputer riba dan komputer
Anda boleh mendengar buku audio yang dibeli di Google Play menggunakan penyemak imbas web komputer anda.
eReader dan peranti lain
Untuk membaca pada peranti e-dakwat seperti Kobo eReaders, anda perlu memuat turun fail dan memindahkan fail itu ke peranti anda. Sila ikut arahan Pusat Bantuan yang terperinci untuk memindahkan fail ke e-Pembaca yang disokong.