Ketetapan takdir yang tertulis tidak mampu diubah lagi. Nur Asiah  terpaksa berserah saat dia dikahwinkan dalam usia muda dengan lelaki  yang tidak dicintai kerana tidak mahu menjadi anak derhaka. Sewaktu  rakan sebayanya berlumba-lumba memanjat tangga universiti, Nur Asiah  berada di ceruk dapur, menjadi isteri yang terdera fizikal dan mentalnya  oleh suami yang panas baran serta menjadi hamba kepada madunya di dalam  rumah sendiri.
 
 Bayangan nasib malang dan ujian ALLAH sering mengekorinya. Saat dia  mendapat kembali cinta, kasih dan sayang suami yang hilang, dia diuji  lagi. Suami tercinta pergi menghadap ILAHI. Dalam usia yang masih muda,  dia bergelar balu. Dugaan datang dan pergi sehingga Nur Asiah kelelahan.  Mampukah Nur Asiah menyambung kembali cinta pertamanya bersama Zarif  atau menerima lelaki dari Jerman yang mengirim cinta di angin lalu?  Tegakah dia menduakan kasih suaminya yang kini hanya tinggal nama? “Ya  ALLAH… berikan aku petunjuk dan hidayah dalam menghadapi dugaan-Mu ini…”