Ia menghimpunkan komik-komik pendek serta karya-karya yang terdapat di dalamnya ialah karya yang membawa perasaan dan mencuit hati daripada media sosial yang diberikan nafas baharu sebagai dakwah ringan, nasihat dan hiburan buat semua pembaca.
Pemilik kepada nama sebenar, Faez Ismael. Memilih menggunakan nama pena Paeh Design berdasarkan kepada kerjaya sebagai pereka grafik freelance. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi dari UiTM. Bermula dengan memuatnaik karya di media sosial, beliau kini aktif menganjurkan bengkel komik selain aktiviti bersama dengan Daie Kreatif Venture dalam menghasilkan komik berunsur dakwah.
Antara judul komik tersebut adalah Tarbiah No Namida, Andai Ku Rapuh, Bukan Berkhutbah dan Inkramadhan.