PUTERA LEMBAH BAKKAH

· Galeri Ilmu Sdn Bhd
4,0
1 bài đánh giá
Sách điện tử
144
Trang
Điểm xếp hạng và bài đánh giá chưa được xác minh  Tìm hiểu thêm

Giới thiệu về sách điện tử này

SINOPSIS

Banyak sudah ditulis tentang sirah Nabi Muhammad SAW. Namun apa yang menarik mengenai buku ini adalah, pengkisahan detik-detik awal kehidupan Nabi SAW diolah dengan gaya kreatif yang cukup indah.

Gaya penulisan yang menggunakan ketajaman kreativiti dan kehalusan perasaan ini menjadikan pengkisahan mengenai kehidupan Rasulullah begitu dramatik. Gambaran watak-watak dan ungkapan dialog-dialognya terasa’hidup’. Ia membawa pembaca seolah-olah berada di zaman baginda dan melihat sendiri ‘visual’ yang berlaku di depan mata!


Daya imaginasi pembaca akan dirangsang untuk menyelami kehidupan Nabi SAW di zaman kanak-kanak dan remaja membawa ke usia baginda 25 tahun, malah turut menelusuri beberapa tahun sebelum kelahiran baginda lagi untuk menggambarkan suasana yang kondusif yang telah disediakan oleh Allah untuk kelahiran kekasih-Nya.

Sentuhan Zuraimi Ismail yang sekian lama menulis tentang sirah Nabi dalam majalah ANIS, ASUH dan majalah i, menjadikan buku ini sangat berbeza daripada buku-buku yang pernah ditulis tentang kisah hidup Nabi Muhammad SAW.

Menghayati nukilan kreatif anekdot-anekdot popular yang banyak diceritakan dalam sejarah ini merupakan satu pengalaman membaca yang cukup mengasyikkan. Buku ini menjanjikan satu kelainan. Persembahannya ringan tapi sangat menghiburkan dan memberi kepuasan membaca.

----------

Sudah sampaikah tentera bergajah? Sudah diserangkah Makkah? Sudah hancurkah Kaabah? Sudah pulangkah Abrahah? Aminah langsung tidak tahu apa yang sedang ber laku. Akhirnya dia menyerahkan sahaja untung nasibnya kepada Allah. Tanda tanya yang berselirat di dalam kepala tidak mampu diungkai.

Tiba-tiba, sayup-sayup di kejauhan terdengar suara-suara yang menghairankan Aminah. Makin lama makin jelas di telinga. Bercampur-baur tidak sekata. Ada suara teriakan, ada suara tangisan, ada suara keluhan dan ada suara sorakan gembira. Suasana yang tadinya senyap sepi sudah bertukar menjadi riuh dan meriah. Aminah kebingungan.

“Aminah! Aminah!”

Aminah tersentak dan berkejar ke pintu. Di luar hari sudah gelap. Beberapa orang ahli keluarga Aminah terjongol di depan pintu, tercungap-cungap menahan mengah. Sepertinya baru lepas berlari atau berjalan dengan langkahan yang terkejar-kejar.

“Abrahah sudah tewas. Abrahah sudah tewas,” kata seorang daripada mereka, masih termengah-mengah.

“Hah! Abrahah sudah tewas?! Siapa yang tewaskan dia?” tanya Aminah tekejut, tidak sabar-sabar ingin tahu.

“Sekumpulan burung yang melempari dengan batu-batu panas.”

Mereka terus bercerita, dan Aminah mendengar penuh minat. Semasa gajah-gajah Abrahah hampir memasuki Makkah, tiba-tiba gajah-gajah itu berhenti. Tidak mahu ber jalan. Dipukul-pukul pun tidak juga mahu bergerak. Namun apabila dipalingkan menghala ke Yaman atau Syam, cepat pula gajah-gajah itu mahu bergerak.

Pada ketika itulah datang sekumpulan burung. Burung-burung itu menghujani Abrahah dan tentera-tenteranya de ngan batu-batu yang panas membakar. Setiap seekor burung mem bawa tiga ketul batu, dua di kaki dan satu di paruhnya.

“Dari mana datangnya burung-burung itu?” Aminah bertanya.

“Entahlah, siapa pun tak tahu. Munculnya dengan tiba-tiba saja.”

Aminah mengerutkan dahi, berfi kir sesuatu. Sekumpulan burung yang tidak tahu dari mana datangnya membawa batu-batu dari tanah yang dibakar. Dari mana pula diambilnya batu-batu yang amat panas itu?


Xếp hạng và đánh giá

4,0
1 bài đánh giá

Xếp hạng sách điện tử này

Cho chúng tôi biết suy nghĩ của bạn.

Đọc thông tin

Điện thoại thông minh và máy tính bảng
Cài đặt ứng dụng Google Play Sách cho AndroidiPad/iPhone. Ứng dụng sẽ tự động đồng bộ hóa với tài khoản của bạn và cho phép bạn đọc trực tuyến hoặc ngoại tuyến dù cho bạn ở đâu.
Máy tính xách tay và máy tính
Bạn có thể nghe các sách nói đã mua trên Google Play thông qua trình duyệt web trên máy tính.
Thiết bị đọc sách điện tử và các thiết bị khác
Để đọc trên thiết bị e-ink như máy đọc sách điện tử Kobo, bạn sẽ cần tải tệp xuống và chuyển tệp đó sang thiết bị của mình. Hãy làm theo hướng dẫn chi tiết trong Trung tâm trợ giúp để chuyển tệp sang máy đọc sách điện tử được hỗ trợ.