PERBUALAN BAHASA MELAYU (Penerbit UMK)

· UMK PRESS
5.0
1 条评价
电子书
146
评分和评价未经验证  了解详情

关于此电子书

Buku Perbualan Bahasa Melayu diterbitkan sebagai bahan bacaan tambahan kepada pelajar antarabangsa yang mengambil kursus Bahasa Melayu Komunkiasi di universiti tempatan. Buku ini juga ditulis sebagai panduan dan rujukan para pelajar antarabangsa untuk memahami asas-asas bahasa Melayu bagi membolehkan mereka bertutur dengan sopan dan seterusnya dapat menguasai bahasa Melayu semasa belajar dan tinggal di Malaysia. Buku ini mengandungi 43 topik perbualan di tempat-tempat tertentu sekitar pergaulan seharian pelajar antarabangsa semasa tinggal di Malaysia. Tajuk perbualan dipilih berdasarkan situasi persekitaran dan aktiviti yang biasanya pelajar antarabangsa alami semasa bergaul serta berkomunikasi dengan rakan serta masyarakat tempatan dalam bahasa Melayu. Bahasa yang digunakan dalam buku ini adalah mudah, senang difahami dan disertakan makna kosa kata dalam bahasa Inggeris bagi setiap tajuk perbualan. Tajuk perbualan bermula dengan perbualan mengenai nombor, perbualan memperkenalkan diri sehinggalah perbualan mengenai persekitaran, budaya dan permainan tradisional masyarakat Melayu di Malaysia. Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis bersama-sama pelajar antarabangsa yang belajar di Universiti Malaysia Kelantan.

评分和评价

5.0
1 条评价

作者简介

Khuzaiton binti Zakaria bertugas di Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bermula tahun 2011 hingga sekarang. Beliau merupakan Penyelaras Kursus Bahasa Melayu Komunikasi bagi pelajar-pelajar antarabangsa, Unit Bahasa Ketiga, UMK. Beliau memperoleh Diploma Sebaran Am (Bidang Penyiaran) daripada Institut Teknologi MARA pada (1990), Diploma In English As a Second Language daripada Universiti Islam Antarabangsa pada (1992), Diploma Pendidikan dalam bidang Pengajian Melayu dan Kesusasteraan Melayu di Institut Bahasa Kuala Lumpur (1993), dan Sarjana Pengurusan Pendidikan daripada Universiti Utara Malaysia pada (2002). Beliau merupakan ahli jawatankuasa Unit Terjemahan dan Penyuntingan FBI dan pengarang bersama buku A Guide to Simple Grammar terbitan Pearson. Beliau juga penulis bersama buku Daftar Kata 9 Bahasa (2018) serta buku Wacana Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Ketiga (2019) , dan penulis buku Perbualan untuk Pelajar Antarabangsa(2020). Ketiga-tiga buah buku ini diterbitkan oleh Penerbit Universiti Malaysia Kelantan.

为此电子书评分

欢迎向我们提供反馈意见。

如何阅读

智能手机和平板电脑
只要安装 AndroidiPad/iPhone 版的 Google Play 图书应用,不仅应用内容会自动与您的账号同步,还能让您随时随地在线或离线阅览图书。
笔记本电脑和台式机
您可以使用计算机的网络浏览器聆听您在 Google Play 购买的有声读物。
电子阅读器和其他设备
如果要在 Kobo 电子阅读器等电子墨水屏设备上阅读,您需要下载一个文件,并将其传输到相应设备上。若要将文件传输到受支持的电子阅读器上,请按帮助中心内的详细说明操作。