NI RUMAH LEELA LAH!

Ana Muslim Sdn Bhd
e-Buku
80
Halaman
Rating dan ulasan tidak disahkan  Ketahui Lebih Lanjut

Perihal e-buku ini

Siri Nilai Murni Adik Muslim

 

Buku ini mengandungi dua buah cerita nilai murni untuk kanak-kanak bagi memupuk rasa tanggungjawab dan kasih sayang di antara satu sama lain.

‘ INI RUMAH LEELA LAH! ’ mengisahkan tentang seorang kanak- kanak perempuan bernama Leela yang tidak senang dengan kehadiran Mak Cik Devi, Rani dan Siva di rumahnya. Bapa Rani dan Siva sudah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Sejak Mak Cik Devi, Rani dan Siva tinggal di rumahnya, Leela berasakan ibunya sudah tidak menyayanginya lagi. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk lari dari rumah. Namun, satu kejadian berlaku ketika Leela lari dari rumahnya. Apakah yang berlaku kepada Leela?

 

‘ KEJUTAN BUAT CHEE MENG ’ mengisahkan tentang seorang budak lelaki bernama Chee Meng yang begitu bersemangat untuk menyambut hari jadinya. Pelbagai persediaan telah dilakukan untuk sambutan hari jadinya itu. Namun, ibu Chee Meng terpaksa menangguhkan sambutan hari jadi Chee Meng kerana datuknya tidak sihat dan dimasukkan ke hospital. Chee Meng berasa sangat kecewa. Dapatkah Chee Meng menyambut hari jadinya? Jika ingin tahu kesudahannya, jangan lupa dapatkan buku ini.

Berikan rating untuk e-Buku ini

Beritahu kami pendapat anda.

Maklumat pembacaan

Telefon pintar dan tablet
Pasang apl Google Play Books untuk Android dan iPad/iPhone. Apl ini menyegerak secara automatik dengan akaun anda dan membenarkan anda membaca di dalam atau luar talian, walau di mana jua anda berada.
Komputer riba dan komputer
Anda boleh mendengar buku audio yang dibeli di Google Play menggunakan penyemak imbas web komputer anda.
eReader dan peranti lain
Untuk membaca pada peranti e-dakwat seperti Kobo eReaders, anda perlu memuat turun fail dan memindahkan fail itu ke peranti anda. Sila ikut arahan Pusat Bantuan yang terperinci untuk memindahkan fail ke e-Pembaca yang disokong.