My Next Mistake

The Chapter Bookstore
5,0
20 เบ„เบณเบ•เบดเบŠเบปเบก
เบ›เบถเป‰เบกเบญเบตเบšเบธเบ
265
เปœเป‰เบฒ
เบšเปเปˆเป„เบ”เป‰เบขเบฑเป‰เบ‡เบขเบทเบ™เบเบฒเบ™เบˆเบฑเบ”เบญเบฑเบ™เบ”เบฑเบš เปเบฅเบฐ เบ„เบณเบ•เบดเบŠเบปเบก เบชเบถเบเบชเบฒเป€เบžเบตเปˆเบกเป€เบ•เบตเบก

เบเปˆเบฝเบงเบเบฑเบšเบ›เบถเป‰เบก e-book เบ™เบตเป‰

Semua orang pernah buat silap dalam perhubungan, namapun manusia. Being a human, memang akan berjumpa dengan pelbagai kesilapan. Tak apa kalau silap itu hanya sekali dan kita perbaiki. Tapi, kalau kesilapan yang sama, kita ulangi? Itu namanya bukan silap. Itu namanya BODOH!

Zaraa Amani, seorang pensyarah sebuah kolej yang mengajar subjek pemasaran, sukar untuk memasarkan dirinya sendiri. Dia selalu saja membuat pilihan yang salah dan bercinta dengan orang yang salah. Tak tahu di mana silapnya, hubungan cintanya selalu berakhir dengan alasan dan dia tak serik untuk melalukan kesilapan itu sebanyak empat kali!

Pertemuan Zaraa Amani dengan seorang peguam, Aniq Hakimi sewaktu di majlis perkahwinan adiknya, Faraa Amani telah membuatkan Zaraa tertarik, namun Zaraa menjadi lebih berhati-hati untuk memilih dan cuba melawan arus. Apa yang peliknya, setelah dia berjumpa dengan Aniq, semua lelaki di dalam hubungannya yang silap itu muncul kembali dan menagih cintanya semula. Untuk menolak mereka, Zaraa terpaksa menggunakan nama Aniq. Sehinggalah... Zaraa kantoi!

โ€œBerapa kali saya nak cakap, sampai kiamat pun saya tak akan terima awak balik Umar. Saya nak kahwin hujung tahun ni dengan...โ€

โ€œSiapa?โ€

โ€œAniq Hakimi!โ€

โ€œSayalah tu...โ€

Kesungguhan Aniq meragut hati Zaraa membuatkan Zaraa percaya bahawa Aniq bukanlah next mistake seperti hubungan cintanya yang lalu. Lagipun, keluarga kedua-dua belah pihak, masing-masing tiada halangan untuk menyatukan Zaraa dan Aniq. Namun, kehadiran Syaziya, bekas tunang Aniq membuatkan Zaraa tawar hati dan mengulangi kesilapannya yang lalu dengan melepaskan Aniq kepada Syaziya.

Siapa awak untuk tentukan siapa yang terbaik untuk saya? Tuhan? โ€“ ANIQ

This relationship is a mistake kalau kita teruskan juga sekiranya masih ada Ziya. Kita berdua tahu itu. Salah seorang daripada kita, perlu akhirinya. โ€“ ZARAA

Salah seorang daripada kita akan menyesal kerana melepaskan seseorang yang sangat mencintai dia. โ€“ ANIQ

Berjayakah Zaraa mendapatkan Aniq semula? Atau melepaskan Aniq merupakan kesalahannya yang kelima?

Not all of us can get an โ€˜I love you tooโ€™... โ€“ ZARAA

Kalau ini cara kau fight cinta kau, aku harap kau tahu apa kau buat. Orang gila saja yang berani mempertaruhkan hatinya sendiri untuk dicincang dan dilumat buat umpan! - NADIA

Tak salah kalau silap jatuh cinta tetapi salah kalau buat kesilapan yang sama...

เบเบฒเบ™เบˆเบฑเบ”เบญเบฑเบ™เบ”เบฑเบš เปเบฅเบฐ เบ„เบณเบ•เบดเบŠเบปเบก

5,0
20 เบ„เบณเบ•เบดเบŠเบปเบก

เบเปˆเบฝเบงเบเบฑเบšเบœเบนเป‰เบ‚เบฝเบ™

SYAMNURIEZMIL menulis buku tentang cinta dan keluarga. Kebanyakan buku beliau diadaptasi ke filem dan drama. Beliau juga merupakan pemenang Anugerah Telenovela di bawah kategori Novelis Terbaik pada tahun 2018. Sebelum beliau menulis cerita bergenre komedi romantik, beliau merupakan graduan lepasan ijazah di dalam bidang kewangan dari UiTM. Selepas itu, beliau bekerja sebagai pegawai bank selama 13 tahun sebelum menulis buku sepenuh masa. Beliau juga merupakan pesakit kronik kegagalan buah pinggang yang memerlukan rawatan hemodialisis seumur hidup. Hidup sedang mengajar beliau untuk bertahan, jadi jangan lemah... Kerana Tuhan tidak pernah gagal menciptakan takdir dan tidak pernah salah memilih hamba untuk diberi beban.ย 

เปƒเบซเป‰เบ„เบฐเปเบ™เบ™ e-book เบ™เบตเป‰

เบšเบญเบเบžเบงเบเป€เบฎเบปเบฒเบงเปˆเบฒเบ—เปˆเบฒเบ™เบ„เบดเบ”เปเบ™เบงเปƒเบ”.

เบญเปˆเบฒเบ™โ€‹เบ‚เปเป‰โ€‹เบกเบนเบ™โ€‹เบ‚เปˆเบฒเบงโ€‹เบชเบฒเบ™

เบชเบฐเบกเบฒเบ”เป‚เบŸเบ™ เปเบฅเบฐ เปเบ—เบฑเบšเป€เบฅเบฑเบ”
เบ•เบดเบ”เบ•เบฑเป‰เบ‡ เปเบญเบฑเบš Google Play Books เบชเบณเบฅเบฑเบš Android เปเบฅเบฐ iPad/iPhone. เบกเบฑเบ™เบŠเบดเป‰เบ‡เบ‚เปเป‰เบกเบนเบ™เป‚เบ”เบเบญเบฑเบ”เบ•เบฐเป‚เบ™เบกเบฑเบ”เบเบฑเบšเบšเบฑเบ™เบŠเบตเบ‚เบญเบ‡เบ—เปˆเบฒเบ™ เปเบฅเบฐ เบญเบฐเบ™เบธเบเบฒเบ”เปƒเบซเป‰เบ—เปˆเบฒเบ™เบญเปˆเบฒเบ™เบ—เบฒเบ‡เบญเบญเบ™เบฅเบฒเบ เบซเบผเบท เปเบšเบšเบญเบญเบšเบฅเบฒเบเป„เบ”เป‰ เบšเปเปˆเบงเปˆเบฒเบ—เปˆเบฒเบ™เบˆเบฐเบขเบนเปˆเปƒเบช.
เปเบฅเบฑเบšเบ—เบฑเบญเบš เปเบฅเบฐ เบ„เบญเบกเบžเบดเบงเป€เบ•เบต
เบ—เปˆเบฒเบ™เบชเบฒเบกเบฒเบ”เบŸเบฑเบ‡เบ›เบถเป‰เบกเบชเบฝเบ‡เบ—เบตเปˆเบŠเบทเป‰เปƒเบ™ Google Play เป‚เบ”เบเปƒเบŠเป‰เป‚เบ›เบฃเปเบเบฃเบกเบ—เปˆเบญเบ‡เป€เบงเบฑเบšเบ‚เบญเบ‡เบ„เบญเบกเบžเบดเบงเป€เบ•เบตเบ‚เบญเบ‡เบ—เปˆเบฒเบ™เป„เบ”เป‰.
eReaders เปเบฅเบฐเบญเบธเบ›เบฐเบเบญเบ™เบญเบทเปˆเบ™เป†
เป€เบžเบทเปˆเบญเบญเปˆเบฒเบ™เปƒเบ™เบญเบธเบ›เบฐเบเบญเบ™ e-ink เป€เบŠเบฑเปˆเบ™: Kobo eReader, เบ—เปˆเบฒเบ™เบˆเบณเป€เบ›เบฑเบ™เบ•เป‰เบญเบ‡เบ”เบฒเบงเป‚เบซเบผเบ”เป„เบŸเบฅเปŒ เปเบฅเบฐ เป‚เบญเบ™เบเป‰เบฒเบเบกเบฑเบ™เป„เบ›เปƒเบชเปˆเบญเบธเบ›เบฐเบเบญเบ™เบ‚เบญเบ‡เบ—เปˆเบฒเบ™เบเปˆเบญเบ™. เบ›เบฐเบ•เบดเบšเบฑเบ”เบ•เบฒเบกเบ„เบณเปเบ™เบฐเบ™เบณเบฅเบฐเบญเบฝเบ”เบ‚เบญเบ‡ เบชเบนเบ™เบŠเปˆเบงเบเป€เบซเบผเบทเบญ เป€เบžเบทเปˆเบญเป‚เบญเบ™เบเป‰เบฒเบเป„เบŸเบฅเปŒเป„เปƒเบชเปˆ eReader เบ—เบตเปˆเบฎเบญเบ‡เบฎเบฑเบš.

เป€เบžเบตเปˆเบกเป€เบ•เบตเบกเบˆเบฒเบ Syamnuriezmil

เบ›เบถเป‰เบกเบญเบตเบšเบธเบเบ—เบตเปˆเบ„เป‰เบฒเบเบ„เบทเบเบฑเบ™