Papa dan mama bawa Amani dan Along pulang ke kampung.Β Di kampung, papa bawa Amani berjalan- jalan di sawah padi. Subhanallah, cantiknya pemandangan di sawah padi. Papa kata, setiapΒ pokok padi mengandungi banyak biji padi. Apabila sebiji padi ditanam semula, ia akan tumbuh dan menghasilkan beratus-ratus biji padi yang boleh dikongsikan bersama ramai orang. Tapi, ada sesuatu yang buat Amani rasaΒ sungguh terharu. Atuk dan nenek beritahu kepada Amani sekeluarga bahawa mereka hendak menjual sawah padi itu untuk membina masjid. Atuk kata lagi, masjid yangΒ dibina itu adalah untuk kegunaan orang ramai. Tapi kenapa ya? Kalau kawan-kawan nak tahu mengapa atuk dan nenek hendak membinaΒ masjid, tunggu apa lagi? Jom kita selami βMasjid Atukβ!