Leluhur Tergelap

· Mesbo Creative
5.0
1 件のレビュー
電子書籍
121
ページ
評価とレビューは確認済みではありません 詳細

この電子書籍について

Setiap bilik yang kami lalui sudah berselerak dengan mayat. Aduhai! Ia seperti yang aku jangkakan. Rupert sudah mati. Merburn dan Merriah, kedua-duanya dipancung.

“Tengok ini! Ada beberapa orang yang masih selamat,” - Dismond

Semua orang yang malam itu terikat kepada mesin – mereka bukan sekadar memberi makan kepada benda itu. Ia bukan sahaja isi minda manusia yang disalurkan melalui kabel, ia juga pemikiran atau elemen kognitif minda makhluk kejahatan itu yang melaluinya. Dengan setiap pusingan rawatan, subjek-subjek itu menjadi sedikit kurang manusia dan sedikit lebih kebinatangan atau apa jua nama sifat mengganas.

“Saya sudah berada di ruang kerja ayah. Ayah dengar tak? Saya telah masuk ke bilik kerja ayah yang ayah cukup lindungi itu daripada saya.” - Samuel

Samuel tidak berhenti berlari sehingga dia berhasil tiba ke Lintasan Diraja. Kali ini dia menyelimuti dirinya dengan penuh rasa syukur ke dalam gerombolan orang yang beratur di platform; agar orang yang mahu mencarinya kini persis seperti mencari jarum di tumpukan jerami.


mesbo creative

web sutera

評価とレビュー

5.0
1 件のレビュー

著者について

Web Sutera atau nama sebenar Hizamnuddin bin Awang pernah menjadi Editor bagi subjek matematik di salah sebuah syarikat penerbitan. Selepas itu selama 11 tahun bekerja di MIMOS Berhad dan JARING Communications Sdn. Bhd. sebagai Penyelidik dan Pegawai Pemasaran yang fokus tugasnya kepada penulisan bahan-bahan pemasaran, pendidikan ICT/Internet dan branding.

Terlibat secara aktif menulis buku bermula tahun 2010. Kini sudah lebih 35 judul buku (novel, cerpen dan motivasi/inspirasi) berseorangan dan bersama penulis lain diterbitkan.

Memegang ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Komputer, USM, 1992 dan Sijil Kursus Bahasa Melayu Untuk Penyuntingan Makalah Am dan Sains, Persatuan Linguistik Malaysia dan DBP.

Lahir di Jerteh, Besut, Terengganu, dan dibesarkan di sana dan di Felda Kota Gelanggi Satu, Jerantut, Pahang. Kini menetap di Selangor/Kuala Lumpur.

この電子書籍を評価する

ご感想をお聞かせください。

読書情報

スマートフォンとタブレット
AndroidiPad / iPhone 用の Google Play ブックス アプリをインストールしてください。このアプリがアカウントと自動的に同期するため、どこでもオンラインやオフラインで読むことができます。
ノートパソコンとデスクトップ パソコン
Google Play で購入したオーディブックは、パソコンのウェブブラウザで再生できます。
電子書籍リーダーなどのデバイス
Kobo 電子書籍リーダーなどの E Ink デバイスで読むには、ファイルをダウンロードしてデバイスに転送する必要があります。サポートされている電子書籍リーダーにファイルを転送する方法について詳しくは、ヘルプセンターをご覧ください。