Perubahan Landskap Kesihatan Gastrousus di Malaysia (Penerbit USM)

Penerbit USM
Ebook
51
Pages
Ratings and reviews aren’t verified  Learn More

About this ebook

 Landskap penyakit gastrousus di Malaysia telah banyak berubah. Pada peringkat awal sejarah negara, penyakit berjangkit yang berasal daripada gastrousus adalah lebih kerap dijumpai disebabkan keadaan hidup yang kurang bersih. Antaranya adalah jangkitan kuman Helicobacter pylori yang dijumpai dalam perut dan ia boleh menyebabkan penyakit ulser (luka dalam perut) dan kanser perut. 
Akan tetapi dengan perkembangan ekonomi, kini penyakit gastrousus di Malaysia sedang mengikuti trend obesiti yang semakin meningkat. Ternyata bahawa rakyat Malaysia menghadapi masalah obesiti yang lebih besar berbanding rakyat negara lain di Asia Tenggara. Ramai penduduk Malaysia yang menghubungkaitkan obesiti dengan penyakit jantung, kencing manis dan strok, tetapi ramai yang tidak perasan bahawa obesiti juga mengancam kesihatan gastrousus. Hal ini amat membimbangkan kerana dijangka bahawa penyakit kanser gastrousus akan meningkat tiga kali ganda dalam dekad terdekat.

Begitu juga dengan penyakit refluks berasid, iaitu penyakit yang disebabkan oleh pendedahan esofagus (paip menelan) kepada asid perut. Selain simptom-simptom seperti pedih ulu hati, pesakit juga terdedah pada kanser esofagus. Faktor mekanisme refluks berasid adalah tidak nyata tetapi tetapi faktor obesiti mempunyai kaitan yang amat rapat. Kajian seterusnya menunjukkan bahawa gangguan fungsi perintang refluks adalah mekanisme yang penting di sebalik obesiti.

Trend yang terkini dan sedang menarik perhatian para saintis dan kalangan doctor adalah kajian berkenaan mikrobiota dalam gastrousus. Mikrobiota adalah bakteria yang berada dalam saluran gastrousus dan hanya mampu dikenal pasti melalui teknologi biologi molekular yang moden. Keseimbangan mikribiota adalah amat penting dan kewujudan gangguan boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit gastrousus, penyakit saraf dan penyakit metabolik.

Jelas bahawa lebih banyak kajian perlu dibuat oleh para saintis dan doctor di Malaysia. Tetapi yang paling penting adalah rakyat Malaysia perlu mula memberi perhatian terhadap kesihatan gastrousus sebelum mereka diancam oleh penyakit kanser.

Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.