Konspirasi Maharaja: Keangkuhan yang terlaknat

· Web Sutera
電子書
136
評分和評論未經驗證  瞭解詳情

關於本電子書

Fallen angels, kata orang Barat dan ianya tercatat dalam banyak bahagian Old Testament, New Testament dan Talmud. Kisahnya amat panjang, sebermula dari hasad dengki dan keangkuhan Azazil yang tersumpah laknat oleh Allah Azza wa Jalla di alam kayangan. Lalu ia membuar dendam berdarah sekian lama.

- - -

Sekumpulan fallen angels mahu merobek dan meratah nurani serta keberadaan bangsa manusia dan jin di alam raya, khususnya planet Bumi. Justeru pelan dalam Ultimate Prophecy digiatkan bagi matlamat Armagedon. Namun dalam masa yang sama, pelan dan onar dari alam kegelapan itu disedari oleh sekumpulan jin Islam dan manusia yang mencari kebenaran kejadian makhluk.

Kata Rasul, peperangan itu tipu daya. Maka berasas kepada sabda Rasul itu, makhluk beriman pada Yang Maha Esa berkerjasama untuk kebaikan dan keseimbangan jagat raya. The Great War, The Final Battle, pertempuran besar dan penguasaan banyak wilayah muka bumi menjadi matlamat gerembolan fallen angels.

Geng fallen angels yang diketuai oleh Lucifer dan Eye One mengatur strategi. Walhal makhluk baik turut mengatur strategi balas. Siapa yang akan mengunggulinya?


關於作者

Web Sutera atau nama sebenar Hizamnuddin bin Awang pernah menjadi Editor bagi subjek matematik di salah sebuah syarikat penerbitan. Selepas itu selama 11 tahun bekerja di MIMOS Berhad dan JARING Communications Sdn. Bhd. sebagai Penyelidik dan Pegawai Pemasaran yang fokus tugasnya kepada penulisan bahan-bahan pemasaran, pendidikan ICT/Internet dan branding.

Terlibat secara aktif menulis buku bermula tahun 2010. Kini sudah lebih 15 judul buku (novel, cerpen dan motivasi/inspirasi) berseorangan dan bersama penulis lain diterbitkan.

Memegang ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Komputer, USM, 1992 dan Sijil Kursus Bahasa Melayu Untuk Penyuntingan Makalah Am dan Sains, Persatuan Linguistik Malaysia dan DBP.

Lahir di Jerteh, Besut, Terengganu, dan dibesarkan di sana dan di Felda Kota Gelanggi Satu, Jerantut, Pahang. Kini menetap di Selangor/Kuala Lumpur.

為這本電子書評分

歡迎提供意見。

閱讀資訊

智慧型手機與平板電腦
只要安裝 Google Play 圖書應用程式 Android 版iPad/iPhone 版,不僅應用程式內容會自動與你的帳戶保持同步,還能讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
筆記型電腦和電腦
你可以使用電腦的網路瀏覽器聆聽你在 Google Play 購買的有聲書。
電子書閱讀器與其他裝置
如要在 Kobo 電子閱讀器這類電子書裝置上閱覽書籍,必須將檔案下載並傳輸到該裝置上。請按照說明中心的詳細操作說明,將檔案傳輸到支援的電子閱讀器上。