Pelbagai idea yang dipaparkan diharap dapat memberi ilham untuk menghasilkan sulaman manik yang lebih kontemporari. Berbekalkan teks dan foto berwarna yang mudah diikuti, segala-galanya pasti menjadi realiti. Apa yang perlu, hanyalah minat, komitmen dan berani mencuba!
Antara teknik sulaman manik yang boleh dicuba buat sendiri :
Arizona - gabungan ros reben & sisik ikan
Cinderella - gabungan ros reben & bunga dahlia
Bunga rotan - gabungan ros bulion & bunga lalang
China doll - gabungan tiga serangkai & patchwork satin
Teknik sulaman manik tali air, sisik ikan, mutiara berantai & bunga teluki