Kata-kata untuk Orang Berduka

· JIWA
e-Buku
194
Halaman
Rating dan ulasan tidak disahkan  Ketahui Lebih Lanjut

Perihal e-buku ini

Awan makin sarat apabila air ditanggung. Tatkala beban terlalu berat, awan melepaskannya sebagai hujan - air berjatuhan sehingga tiada lagi yang tersisa.

Begitulah hati manusia, apabila kesedihan sudah terlalu, tidak salah melepaskannya melalui air mata. Relakanlah tangisan itu sehingga kering air mata.

Ketika hujan telah reda, langit akan kembali cerah. Bumi yang basah akan subur kembali. Begitu juga hati, apabila tangisan berhenti, jiwa akan kuat kembali. Langkah kehidupan pun diteruskan lagi.

Kata-kata untuk Orang Berduka ialah sebuah naskhah yang sarat dengan rasa. Ditulis dari hati paling dalam, kata-katanya menusuk jauh ke dalam jiwa kita sehingga tumbuh kekuatan untuk terus menghadapi hari-hari mendatang.

Perihal pengarang

Pahrol Mohamad Juoi ialah seorang penulis yang telah lama berkecimpung dalam bidang penulisan juga dakwah. Karya-karyanya dalam bentuk buku, artikel, sajak, lirik nasyid dan lain-lain sudah mendapat tempat di hati masyarakat. Begitu juga tazkirah-tazkirah dan program latihan yang disampaikan olehnya dalam organisasi, melalui media radio dan televisyen. Kini, beliau berkhidmat sebagai pengarah di Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. dan penasihat di syarikat penerbitan JT Publishing House Sdn. Bhd..

Berikan rating untuk e-Buku ini

Beritahu kami pendapat anda.

Maklumat pembacaan

Telefon pintar dan tablet
Pasang apl Google Play Books untuk Android dan iPad/iPhone. Apl ini menyegerak secara automatik dengan akaun anda dan membenarkan anda membaca di dalam atau luar talian, walau di mana jua anda berada.
Komputer riba dan komputer
Anda boleh mendengar buku audio yang dibeli di Google Play menggunakan penyemak imbas web komputer anda.
eReader dan peranti lain
Untuk membaca pada peranti e-dakwat seperti Kobo eReaders, anda perlu memuat turun fail dan memindahkan fail itu ke peranti anda. Sila ikut arahan Pusat Bantuan yang terperinci untuk memindahkan fail ke e-Pembaca yang disokong.