Jodoh Sepertiga Malam

The Chapter Bookstore
5,0
7 recenzii
Carte electronică
300
Pagini
Evaluările și recenziile nu sunt verificate Află mai multe

Despre această carte electronică

Harlan dan Harlin dijodohkan bukan atas dasar saling mencintai tetapi dijodohkan kerana masing-masing pernah ditinggalkan pada hari pernikahan.

Kebetulan ayah masing-masing berkawan baik.

“Kalau dulu... Kita tak boleh pi kenduri masing-masing pasai jatuh tarikh yang sama. La ni, Andy... Aku dan hang dah boleh ada kat kenduri yang sama pada tarikh yang sama. Apa kata... Kita langsung depa ni dua minggu sebelum posa?”

Harlan terima saja apa yang ditakdirkan tapi Harlin... Takut salah buat pilihan, Harlin bertanya pada Tuhan tentang Harlan pada sepertiga malam. Dan akhirnya Harlin buat keputusan untuk menerima pinangan Harlan.

“Ayah boleh mula praktis pegang tangan Harlan la.”

Tanpa Harlin tahu yang Harlan sebenarnya...

“Awat? Dia kentut depan hang dah ka?”

“Dia rupa-rupanya... Tiga suku.”

Walaupun tiga suku, ternyata Harlan membahagiakan Harlin. Bersama dengan Athar, Harlin tak pernah rasa bahagia seperti bersama Harlan.

“Dah tu, Lin tak nak jadi orang kuat dan bahagia?”

“Sebab Athar? Tak payah. Lin memang kuat sebab itu Lin masih ada kat sini. Lin memang bahagia sebab Lin ada abang.”

Sehinggalah Aara muncul. Harlin merasakan... Dia perlu beralah. Kerana cinta mereka lebih sejati.

“Aara tak curang.”

“Hah?”

“Dia tinggaikan Lan pasai dia sakit.”

“Sakit?”

Orang kata bahagia itu pilihan. Jadi, apakah pilihan Harlan?

“So... Abang nak cakap Aara masih ada dalam hati abang ka, selain Lin?”

Ah... Apalah perkahwinan... Kalau tak ada cabaran!

Evaluări și recenzii

5,0
7 recenzii

Despre autor

SYAMNURIEZMIL menulis buku tentang cinta dan keluarga. Kebanyakan buku beliau diadaptasi ke filem dan drama. Beliau juga merupakan pemenang Anugerah Telenovela di bawah kategori Novelis Terbaik pada tahun 2018. Sebelum beliau menulis cerita bergenre komedi romantik, beliau merupakan graduan lepasan ijazah di dalam bidang kewangan dari UiTM. Selepas itu, beliau bekerja sebagai pegawai bank selama 13 tahun sebelum menulis buku sepenuh masa. Beliau juga merupakan pesakit kronik kegagalan buah pinggang yang memerlukan rawatan hemodialisis seumur hidup. Hidup sedang mengajar beliau untuk bertahan, jadi jangan lemah... Kerana Tuhan tidak pernah gagal menciptakan takdir dan tidak pernah salah memilih hamba untuk diberi beban. 

Evaluează cartea electronică

Spune-ne ce crezi.

Informații despre lectură

Smartphone-uri și tablete
Instalează aplicația Cărți Google Play pentru Android și iPad/iPhone. Se sincronizează automat cu contul tău și poți să citești online sau offline de oriunde te afli.
Laptopuri și computere
Poți să asculți cărțile audio achiziționate pe Google Play folosind browserul web al computerului.
Dispozitive eReader și alte dispozitive
Ca să citești pe dispozitive pentru citit cărți electronice, cum ar fi eReaderul Kobo, trebuie să descarci un fișier și să îl transferi pe dispozitiv. Urmează instrucțiunile detaliate din Centrul de ajutor pentru a transfera fișiere pe dispozitivele eReader compatibile.