Isu Pelarian Rohingya

· BookRix
4.5
6則評論
電子書
10
符合資格
評分和評論未經驗證  瞭解詳情

關於本電子書

Isu kekejaman dan penindasan yang dilakukan oleh regim Myanmar telah menyebabkan etnik Rohingya mengalami penderitaan yang kelihatan tidak kunjung habisnya. Selain itu,penderitaan yang di alami oleh etnik ini amatlah menyedihkan kerana jika dilihat kanak-kanak,perempuan dan masyarakat keseluruhan Rohingya yang beragama Islam ditindas dan hak asasi mereka turut dinafikan. Bahkan mereka juga turut mendapat layanan dan diperlakukan dengan amat keterlaluan dan teruk. Oleh itu,dalam kemelut yang melanda di Myanmar ini, kita lihat Myanmar melakukan pelbagai bentuk kekejaman terhadap masyarat Rohingya,walaupun ASEAN mengamalkan dasar Tidak Campur Tangan dalam isu negara-negara yang menganggotai ASEAN, namun isu yang dilakukan oleh Myanmar terhadap etnik Rohingnya melibatkan hak asasi manusia dan ia merupakan isu kemanusiaan yang perlu diselesaikan dengan segera kerana ia melibatkan pelanggaran hak asasi manusia dan melibatkan ASEAN dalam hal ini. Isu yang berlaku di Myanmar ini dilihat sebagai satu bentuk kekejaman dengan usaha mereka yang mahu menghapuskan etnik Rohingya yang dilakukan oleh golongan tentera di Myanmar. Dengan itu,ini mampu memberi gambaran buruk kepada ASEAN berikutan dengan tindakan kejam Myanmar terhadap etnik Rohingya. ASEAN yang membawa matlamat menjaga keamanan dan kemakmuran di Asia Tenggara dilihat tercalar akibat perbuatan kejam Myanmar. Selain itu,dalam hal ini juga didapati bahawa isu Rohingya ini juga menimbulkan dilema kepada negara-negara anggota ASEAN. Hal ini demikian kerana terdapat negara-negara anggota ASEAN yang ingin membantu masyarakat Rohingya dan ini mengalami dilema kerana dasar tidak campur tangan yang diamalkan ASEAN. Dasar tersebut menyebabkan mana-mana negara yang mengalami masalah tidak boleh ada campur tangan daripada anggota-anggota ASEAN yang lain. Oleh itu, jelaslah bahawa Dasar Tidak Campur Tangan (DTC) kini kurang relevan diamalkan kerana etnik Rohingya perlukan pembelaan dan bantuan selari dengan hak asasi dan kemanusiaan yang terdapat dalam ASEAN. Walau bagaimanapun,DTC ini jika dilihat telah mengekalkan keamanan di rantau ASEAN sejak ASEAN ditubuhkan. Dengan itu adalah lebih baik DTC ini diubah selari dengan keadaan semasa yang berlaku di dalam ASEAN. Oleh itu, diharap dengan pengubahsuaian yang dilakukan dasar itu mampu membantu dan membela nasib etnik Rohingya amnya sekaligus menjamin keamanan dan kemakmuran dalam kalangan anggota_anggota ASEAN, lalu ini mampu meningkatkan nama baik ASEAN di peringkat global.

評分和評論

4.5
6則評論

為這本電子書評分

歡迎提供意見。

閱讀資訊

智慧型手機與平板電腦
只要安裝 Google Play 圖書應用程式 Android 版iPad/iPhone 版,不僅應用程式內容會自動與你的帳戶保持同步,還能讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
筆記型電腦和電腦
你可以使用電腦的網路瀏覽器聆聽你在 Google Play 購買的有聲書。
電子書閱讀器與其他裝置
如要在 Kobo 電子閱讀器這類電子書裝置上閱覽書籍,必須將檔案下載並傳輸到該裝置上。請按照說明中心的詳細操作說明,將檔案傳輸到支援的電子閱讀器上。