I Choose You!

The Chapter Bookstore
4.9
14 則評論
電子書
129
頁數
評分和評論未經驗證 瞭解詳情

關於這本電子書

Tujuh kali solat istikharah, tujuh kali Nur Kassandra mimpikan Emir Raiyan, bos sementaranya dan bukan kekasihnya, Hadil Putra. Pelik bin ajaib betul tapi, itulah yang terjadi. Namun, Nur Kassandra menganggap mimpi itu hanyalah mainan syaitan.

Tapi, benda tak jadi pelik... apabila Hadil Putra juga tak mimpikan Nur Kassandra. Dia pula mimpikan wanita pilihan maknya. Oleh kerana pilihan dah jadi priority, Hadil Putra memutuskan untuk menerima wanita pilihan maknya sebagai calon isteri kerana dia percaya yang mimpi itu adalah jawapan daripada Tuhan.

Geram dengan Hadil Putra, terpaksalah Nur Kassandra berterus-terang hal yang sebenar kepada Hadil Putra. Kononnya, nak bagi Hadil Putra tu sentap. Tetapi, lain pula yang terjadi. Emir Raiyan terdengar dan Nur Kassandra kantoi!

Tak mahu Emir Raiyan fikir yang bukan-bukan, Nur Kassandra cuba untuk terangkan yang berkemungkinan mimpi dia tu hanyalah mainan syaitan. Tetapi, lain pula pendapat Emir Raiyan...

“Jodoh itu tak mungkin akan bertukar. Elaklah sehebat mana pun. Larilah sejauh mana pun. Sembunyilah sedalam mana pun. Kalau dah jodoh saya dengan awak... Tetap saya dengan awak juga. Jadi, saya hormati keputusan awak. Tapi, saya bagi awak tiga situasi...”

Apakah tiga situasi tu? Adakah tiga situasi itu membantu Nur Kassandra untuk membuat pilihan?

Ada kalanya kita perlu bersiap untuk kecewa kerana bukan semua pilihan itu menjanjikan kebahagiaan.

評分和評論

4.9
14 則評論

關於作者

SYAMNURIEZMIL menulis buku tentang cinta dan keluarga. Kebanyakan buku beliau diadaptasi ke filem dan drama. Beliau juga merupakan pemenang Anugerah Telenovela di bawah kategori Novelis Terbaik pada tahun 2018. Sebelum beliau menulis cerita bergenre komedi romantik, beliau merupakan graduan lepasan ijazah di dalam bidang kewangan dari UiTM. Selepas itu, beliau bekerja sebagai pegawai bank selama 13 tahun sebelum menulis buku sepenuh masa. Beliau juga merupakan pesakit kronik kegagalan buah pinggang yang memerlukan rawatan hemodialisis seumur hidup. Hidup sedang mengajar beliau untuk bertahan, jadi jangan lemah... Kerana Tuhan tidak pernah gagal menciptakan takdir dan tidak pernah salah memilih hamba untuk diberi beban. 

為這本電子書評分

請分享你的寶貴意見。

閱讀資訊

智能手機和平板電腦
請安裝 Android 版iPad/iPhone 版「Google Play 圖書」應用程式。這個應用程式會自動與你的帳戶保持同步,讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
手提電腦和電腦
你可以使用電腦的網絡瀏覽器聆聽在 Google Play 上購買的有聲書。
電子書閱讀器及其他裝置
如要在 Kobo 等電子墨水裝置上閱覽書籍,你需要下載檔案並傳輸到你的裝置。請按照說明中心的詳細指示,將檔案傳輸到支援的電子書閱讀器。