Holistic Reiki

· Suvarnabumi.com
4.3
6条评价
电子书
89
评分和评价未经验证  了解详情

关于此电子书

Reiki merupakan sebuah energi asas yang dicipta oleh Tuhan (Allah SWT). Energi ini wujud dalam semua kehidupan dan benda didunia. Apabila Reiki digunakan dengan betul dan bijak segalanya dapat dicapai didunia ini.

Kita boleh menggunakan elektrik sebagai contoh untuk memahami Reiki. Elektrik yang sama sedang digunakan dalam pelbagai bentuk dan pelbagai kegunaan. Elektrik yang sama berfungsi di Televisyen, radio, telefon, kipas, kereta, roket dan beribu lagi kegunaannya. Tenaga asal yang menggerakkan semua barang diatas adalah elektrik. Seumpama itu energi Reiki boleh digunakan dalam pelbagai kaedah demi menyelesaikan semua masalah manusia.

Segelintir Master Reiki menggunakan Reiki untuk merawat penyakit dan gangguan kesihatan sahaja, tetapi Reiki merupakan sebuah universal energi yang pintar. Reiki boleh digunakan dalam semua aspek kehidupan.

Sepertimana galaksi ini bukan milik sesebuah, agama, kepercayaan, bangsa, kaum, bahasa atau negara. Reiki juga bukan milik sesebuah, agama, kepercayaan, bangsa, kaum, bahasa atau negara. Reiki merupakan sebuah energi bebas tanpa sempadan.

Reiki sebenarnya wujud dalam semua agama dan tradisi. Kita pasti pernah dengar cerita bahawa wujudnya seseorang yang dapat merawat penyakit tanpa sebarang ubat. Pada zaman ini pun wujud ramai manusia yang dapat membantu dan merawat manusia tanpa sebarang bahan dan dengan hanya energi. Jika melihat sejarah, ramai manusia yang dapat merawat dan membantu manusia, dengan energi wujud pada zaman dahulu.

Mereka dapat membantu dan merawat manusia kerana mereka telah memahami kewujudan energi ini dan kaedah kegunaannya. Reiki digelar dengan pelbagai nama dalam pelbagai tradisi tetapi energi asas yang semua orang menggunakan, tetap sama. Reiki bukan sebuah amalan atau latihan yang baru tetapi ia hanyalah sebuah kaedah baru yang dipermudahkan supaya energi ini dapat digunakan oleh semua orang.

评分和评价

4.3
6条评价

作者简介

Natural Healer- Reiki Master - Acupuncturist, Varma Healer - Natural health advisor - Book author

为此电子书评分

欢迎向我们提供反馈意见。

如何阅读

智能手机和平板电脑
只要安装 AndroidiPad/iPhone 版的 Google Play 图书应用,不仅应用内容会自动与您的账号同步,还能让您随时随地在线或离线阅览图书。
笔记本电脑和台式机
您可以使用计算机的网络浏览器聆听您在 Google Play 购买的有声读物。
电子阅读器和其他设备
如果要在 Kobo 电子阅读器等电子墨水屏设备上阅读,您需要下载一个文件,并将其传输到相应设备上。若要将文件传输到受支持的电子阅读器上,请按帮助中心内的详细说明操作。