FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DALAM CERITA-CERITA LISAN MELAYU (Penerbit UMK)

· Penerbit UMK
5.0
리뷰 22개
eBook
190
페이지
검증되지 않은 평점과 리뷰입니다.  자세히 알아보기

eBook 정보

Buku Falsafah Pendidikan Negara dalam Cerita-Cerita Lisan Melayu ini membataskan pengkajian dan analisis terhadap beberapa cerita rakyat Melayu yang termuat dalam teks Himpunan 366 Cerita Rakyat di Malaysia. Teks ini diselenggarakan oleh Aripin Said dan Othman Puteh. Keseluruhan cerita rakyat Melayu yang telah dianalisis merangkumi 16 nilai murni. Cerita-cerita rakyat Melayu sememangya kaya dengan nilai-nilai murni yang dapat membentuk moral positif dalam kalangan jiwa setiap manusia. Sehubungan itu, tanggungjawab pengkaji adalah untuk memastikan cerita-cerita lisan ini dapat dibaca dan dihayati oleh semua khalayak pembaca, terutama pencinta sastera. Disamping itu, pendekatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dijadikan sebagai deduktif pengkajian terhadap setiap analisis nilai-nilai murni cerita-cerita rakyat Melayu agar pengahasilan dan perbincangannya lebih mantap.

평점 및 리뷰

5.0
리뷰 22개

저자 정보

Beliau juga pernah mendapat pengiktirafan sepanjang berkhidmat di Universiti Malaysia Kelantan seperti Blanded Learning Apreasasi Estetika (2019), Blanded Learning Kebudayaan dan Tamadun Melayu (2019) serta Excellence Award Doctor of Philosophy (2018). Kini, beliau bergiat aktif dalam penghasilan artikel serta penerbitannya. Contoh artikel beliau yang telah diterbitkan seperti Aspek Perundangan dalam Novel Nisah Harun (2020), Amanat dan Pengaruh Bahasa dalam Pemerintahan Politik Islam (2019), Cerminan Nilai Murni dalam Seuntaian Cerita-Cerita Rakyat Melayu: Suatu Pengaplikasian Konsep Rohani (2018), Nilai Budaya dalam Cerita Rakyat Masyarakat Orang Asli Temiar Gua Musang, Kelantan : Satu Pengaplikasian Sastera Warisan Internasional (2018), Kesan Cerita Rakyat Masyarakat Orang Asli Temiar Gua Musang, Kelantan: Satu Penelitian Teori Konseptual Kata Kunci (2018), Penerapan Konsep Menjana Minda Melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan Terhadap Masyarakat Melayu dalam Cerita Rakyat Melayu (2018), Fenomena Sosial dalam Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur (2018), A Review Of Mobile Application Characteristics Based on Teaching and Learning Theory For Mute and Deaf Student (2017), Cerminan Moral Positif dalam Cerita-Cerita Rakyat Melayu (2017), Penerapan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Melalui Cerita Rakyat Melayu: Kajian Teks Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia oleh Othman Puteh & Aripin Said (2017), Penerapan Nilai Murni dalam Cerita Rakyat Melayu Suatu Aplikasi Teori Pengkaedahan Melayu: Analisis Nilai Kasih Sayang dan Nilai Keadilan dalam Masyarakat Melayu (2017), Penggunaan Multimedia Ke Arah Memartabatkan Cerita Rakyat Melayu (2017), Nilai Baik Hati Menerusi Cerita Rakyat Melayu Terhadap Masyrakat Melayu Suatu Aplikasi Teori Pengkaedahan Melayu (2016), serta Cerita Rakyat Membentuk Moral Positif Kanak-Kanak Melalui Nilai Murni (2014).


Selain itu juga, beliau telah menjalankan beberapa projek penyelidikan dalam memartabatkan cerita rakyat Melayu di Malaysia khususnya. Antara projek penyelidikan beliau yang telah dilaksanakan adalah seperti Documenting Historical and Cultural Aspects of Kelantan’s Peranakan Chinese: Pictorial, Visual and Textual Perpectives (2019), Cerita Rakyat Melayu Kelantan-Patani: Hubung Kait Sejarah, Tradisi dan Budaya (2019), serta Mendokumentasikan dan Memartabatkan Keunikan Dialek Kelantan dalam Cerita Rakyat Melayu di Kelantan (2019) dan Pendokumentasian dan Pemartabatan Semula Naratif Lisan di Daerah-Daerah Kelantan: Satu Penelitian Terhadap Dialek Asli Kelantan, Nilai Murni dan Akal Budi dalam Konteks Kebudayaan Masyarakat Melayu (2019).


Rentetan daripada itu, adalah menjadi tanggungjawab penulis untuk memastikan buku-buku berkisarkan cerita-cerita rakyat ini dapat diterbitkan sebanyak mungkin sebagai bahan bacaan berilmu kepada semua lapisan masyarakat tanya mengira agama, bangsa dan negara. Oleh itu, dengan terhasilnya buku ini, maka ianya akan membuka mata oleh semua pihak betapa pentingnya cerita-cerita ini dalam dunia akademik sebagai tungjang kepada pemartabatan dan pendokumentasian cerita-cerita rakyat di Malaysia dan luar negara pada masa akan datang. Semoga ilmu ini dapat dikongsi bersama-sama dan memberi sumbangan besar kepada Negara tercinta. In Sha Allah.

이 eBook 평가

의견을 알려주세요.

읽기 정보

스마트폰 및 태블릿
AndroidiPad/iPhoneGoogle Play 북 앱을 설치하세요. 계정과 자동으로 동기화되어 어디서나 온라인 또는 오프라인으로 책을 읽을 수 있습니다.
노트북 및 컴퓨터
컴퓨터의 웹브라우저를 사용하여 Google Play에서 구매한 오디오북을 들을 수 있습니다.
eReader 및 기타 기기
Kobo eReader 등의 eBook 리더기에서 읽으려면 파일을 다운로드하여 기기로 전송해야 합니다. 지원되는 eBook 리더기로 파일을 전송하려면 고객센터에서 자세한 안내를 따르세요.