Teme tu memang nama aku. Bukan nama dalam IC. Tapi, 1/3 daripada hidup aku memang orang panggil aku Teme. So, nama тАШTemeтАЩ dah memang sebati dalam diri ni. Kawan-kawan dari zaman sekolah yang bagi. Kalau nak cerita pasal nama, aku kena tulis satu buku lagi.
Aku bermula dengan blogging dengan menggunakan nama Teme. Lepas tu macam, тАЬEh, ada orang baca juga blog aku rupanya.тАЭ Melihatkan situasi ni sebagai kerja yang Allah bagi untuk aku menyampaikan sesuatu melalui penulisan, aku pun teruskan menulis blog sampailah sekarang.
Lepas tu aku active di┬аFacebook.
Lepas tu di┬аTwitter.
Lepas tu di┬аInstagram.
Instagram lah yang main peranan besar dalam hidup aku. Kalau nak cerita, aku kena tulis buku jugak. So, aku dah tulis sikit-sikit di dalam buku ni.
Dulu orang pernah ingat aku ni perempuan. Tapi semua itu berubah lepas orang tengok gambar-gambar yang aku┬аupload di Instagram. Sebab tangan aku berbulu. Senang. Tak payah aku nak yakinkan orang tentang jantina aku.
Kecik-kecik dulu cita-cita aku nak jadi askar. Sampai sekarang cita-cita tu ada. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh┬аend-up┬аjadi┬аarchitecture student.
Kisah di dalam buku ni berdasarkan cerita sebenar.
Mungkinkah juga separa fiksyen, bukan 100% kisah benar? Tiada siapa yang benar-benar tahu melainkan aku dan Allah. Tiada keuntungan pun berbahas mengenai perkara ni.
Hak aku hanyalah menulis.
Dan kemudian ia menjadi hak kalian.
Hadiah berbentuk cerita yang aku kongsikan.
Aku juga tidak keberatan jika kalian lebih selesa mengatakan ia dongeng. Suka hati.
Tetapi ia kekal dongeng, jika engkau tidak mula berjalan.
Okay lah.
Enjoy the book.
IMAN bermula pada tahun 2012 sebagai sebuah kedai buku berjenamakan┬аImanshoppe. Setelah mendapat permintaan luar biasa daripada para peminat buku, IMAN mengembangkan sayapnya dengan membuka sebuah syarikat penerbitan buku тАУ┬аIman Publication┬аsetahun setelah itu.
IMAN yang pada awalnya hanya mempunyai dua orang pekerja sepenuh masa, kini sudah disertai lebih daripada 30 orang.