Eksistensi

· Penerbit-X
5.0
2 ulasan
e-Buku
368
Halaman
Rating dan ulasan tidak disahkan  Ketahui Lebih Lanjut

Perihal e-buku ini

 Siapakah robot? Siapakah manusia? Adakah kedua-duanya sudah menyatu? Atau bertukar jati diri?

Faril dan Rumia, saling menjaga antara satu sama lain. Ada kalanya emosi itu mati, tetapi ia bukan selamanya. Ada kalanya emosi itu juga artifisial, tapi apakah ia memadai?

Pada masa yang sama, Menusa, sejenis cyborg mencari persempadanan antara manusiawi dan robotik. Kerakusan manusia mahu hidup berkekalan dan juga penanaman sifat manusiawi pada mesin, membuatkan sempadan antara dua kewujudan itu bercelaru.

Rakus manusia meratah alam. Dahaga sang robot pada curahan emosi. Konspirasi berselirat mencari teguh dalam memurnikan erti sebuah eksistensi.

Rating dan ulasan

5.0
2 ulasan

Perihal pengarang

 Lokman Hakim merupakan jurutera sebuah syarikat pembinaan. Berasal dari Sibu Sarawak. Telah menulis dengan pelbagai rumah penerbitan seperti Roman Buku, Buku Hitam Press, FIXI, dan juga Lejen Press.

Masa lapangnya digunakan untuk menulis imaginasi-imaginasi aneh yang sering bermain dalam otaknya. Dan katanya, dia tidak akan berhenti menulis selagi suara-suara aneh di dalam kepalanya tidak berhenti bercerita. Kehidupannya dipenuhi buku-buku dan dunia kejuruteraan, diselangi muzik yang tidak henti-henti beralun dalam kotak fikirnya.

Berikan rating untuk e-Buku ini

Beritahu kami pendapat anda.

Maklumat pembacaan

Telefon pintar dan tablet
Pasang apl Google Play Books untuk Android dan iPad/iPhone. Apl ini menyegerak secara automatik dengan akaun anda dan membenarkan anda membaca di dalam atau luar talian, walau di mana jua anda berada.
Komputer riba dan komputer
Anda boleh mendengar buku audio yang dibeli di Google Play menggunakan penyemak imbas web komputer anda.
eReader dan peranti lain
Untuk membaca pada peranti e-dakwat seperti Kobo eReaders, anda perlu memuat turun fail dan memindahkan fail itu ke peranti anda. Sila ikut arahan Pusat Bantuan yang terperinci untuk memindahkan fail ke e-Pembaca yang disokong.