Empat Mazhab Bincang Solat

· El Farouq Consultant
4.5
2 reviews
Ebook
70
Pages
Ratings and reviews aren’t verified  Learn More

About this ebook

Solat merupakan ibadah yang agung kerana pensyariatan solat adalah secara langsung daripada Allah kepada Nabi Muhammad sallahu ‘alaihi wa sallam pada peristiwa israk dan mikraj. Malah solat disifatkan sebagai tiang bagi agama. Ini menunjukkan betapa peri pentingnya solat fardhu tersebut secara khusus. Perbezaan pandangan para ulama antara 4 mazhab bukanlah untuk menjadikan kita berpecah namun untuk kita sedari betapa luasnya ilmu Allah dan betapa para ulama bersungguh-sungguh memastikan setiap ibadah itu berpandukan hujah dan ilmu.


Kandungan :


Pendahuluan

Definisi Solat

Dalil Pensyariatan Solat

Permasalahan Hukum : Qada’ Solat

Permasalahan Hukum : Bacaan Qunut Dalam Solat Subuh

Permasalahan Hukum : Solat Jamak Qasar

Permasalahan Hukum : Sujud Sahwi

Permasalahan Hukum : Solat Berjemaah

Permasalahan Hukum : Solat Berjemaah Bagi Imam dan Makmum Berbeza Mazhab

Penutup

Ratings and reviews

4.5
2 reviews

About the author

Dr Muhamad Zuhaili Saiman merupakan seorang pensyarah di sebuah IPTA di Malaysia selain juga bergiat aktif sebagai pendakwah, pendidik, penulis dan juga pengasas kepada El Farouq Consultant dalam menjalankan aktiviti kelas agama, pengajian umum dan aktiviti pendidikan bersama masyarakat . Beliau memulakan tugas sebagai Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam pada Nov 2020. Beliau juga dikenali sebagai penulis buku yang bertemakan aqidah, ekonomi, politik dan pengetahuan Islam.


Beliau juga merupakan mantan Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) pada tahun 2011, semasa belau melanjutkan pengajian di Mesir.


Pendidikan

Muhammad Zuhaili mendapat pendidikan awal[1] di Sekolah Kebangsaan Sri Serdang, Selangor. Kemudian meneruskan pengajian dalam bidang tahfiz dan akademik di Maahad Tahfiz Ummul Qura, Pondok Kolam, Bachok, Kelantan pada tahun 1999 - 2000 dan 2002 - 2004. Beliau berpindah ke Maahad Darul Naim, Kubang Bongor, Melor, Kelantan pada tahun 2001 selama setahun kemudian berpindah kembali ke Maahad Tahfiz Ummum Qura, Pondok Kolam. ke Beliau berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk pada tahun 2003 di Maahad Tahfiz Ummul Qura tersebut.

Selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2004, beliau mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Azhariah di Melor, Kelantan dan berjaya mendapat keputusan dengan keseluruhan 10 subjek STAM memperolehi pangkat Mumtaz.

Beliau melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Jabatan Syariah Islam, Universiti Al-Azhar, Kaherah pada sesi 2007/2008 dan menamatkan pengajian pada tahun 2010. Beliau kemudiannya merancang menyambung pengajian ke Ijazah Lanjutan (MA) di Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Jabatan Fiqh Am, Universiti Al-Azhar, Kaherah dan ijazah lanjutan dalam bidang Syariah Islam, di American Open University, Kaherah pada tahun 2011 - 2012 namun tidak menyempurnakannya kerana kematian bapanya pada Sept 2012 yang mana beliau bertukar perancangan dengan pulang ke Malaysia dan seterusnya melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di Malaysia.


Beliau memperolehi Ijazah Sarjana di Fakulti Pengajian Islam, Jabatan Syariah, UKM, Bangi pada tahun 2015 dengan tesis kajian yang bertajuk "Helah Riba Dalam Transasksi Jual Beli Emas Secara Bertangguh". Kemudian beliau memperolehi ijazah kedoktoran (Ph.D) di Fakulti yang sama di UKM, Bangi pada 2019 dengan tesis kajian yang bertajuk "Aplikasi Rebat Bagi Pembayaran Awal Pembiayaan Jangka Panjang Di Perbankan Islam".


Karya penulisan

2016 - 20 Tip Usia Muda Berpahala, terbitan Karya Bestari

2013 - Sembang-Sembang Politik Islam, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd

2013 - Ensiklopedia Solat Mazhab Syafie, terbitan Jasmin Publications

2013 - Ramadan : Puasa dan Iktikaf, terbitan Must Read Sdn Bhd.

2013 - Kewangan Harian Kita Halal @ Haram? , terbitan Karya Bestari

2012 - Akidah Akhir Zaman : Fenomena Semasa dan Implikasi Jenayah Murtad, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd

2011 - Manisnya Persaudaraan Dalam Islam, bersama Izzati Farhana Mahadzir, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd


Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.