Mengawal Kolesterol: Para Kolesterol Anda Merupakan Penunjuk Terbaik Tentang Kadar Penuaan Arteri Dan Juga Badan Anda Sendiri

· Oak Publication Sdn Bhd
5.0
1 review
Ebook
38
Pages
Ratings and reviews aren’t verified  Learn More

About this ebook

Bagi penyakit jantung anda ada pilihan. Anda boleh memilih untuk berdiam diri, kemudian menderita serangan jantung dan mati secara mengejut. Jika anda masih hidup selepas serangan itu, anda mungkin terpaksa menjalani pembedahan pintas yang akan menelan belanja sekurang-kurangnya US$30,000. Anda mungkin bernasib baik dan memerlukan hanya angioplasti yang memakan belanja US$7,500. Tetapi, dengan belanja yang kecil sahaja, anda boleh membaca dan memanfaatkan maklumat dalam buku ini. Majoriti manusia responsif terhadap pemakanan/gaya hidup, dan buku ini memaklumkan anda apa yang harus dilakukan. Penyakit jantung ialah penyebab utama kematian lelaki dan wanita di Amerika Utara. Ini amat menyedihkan, kerana daripada semua sebab utama kematian, inilah yang paling senang dicegahi. Lebih 50% orang dewasa menghadapi risiko yang semakin meningkat untuk terkena serangan jantung kerana paras kolesterol darah mereka melebihi julat yang diingini. Menarik sekali, manusia di kebanyakan tempat di dunia ini tidak diserangi penyakit jantung. Dalam buku ini anda akan mempelajari rahsia mereka. Dengan mengikuti program dan saranan yang dikemukakan, anda akan mempelajari cara untuk mengurangkan kolesterol secara berkesan. Baca kenyataan yang berikut dengan teliti kerana ia amat penting … Kebanyakan orang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak 2% bagi setiap penurunan 1% kolesterol. Ini bermakna anda boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak 25%. Dengan mengikuti cadangan dalam buku ini, ramai orang akan mengalami penurunan kolesterol penting dalam tempoh hanya 4 hingga 6 minggu! Istilah-istilah rumit seperti HDL, LDL, kolesterol dan trigliserida menjadi mudah difahami. Buku ini meliputi perubahan diet dan makanan tambahan untuk mengurangkan risiko serangan jantung dalam tempoh hanya 4 hingga 6 minggu. Kerana penyakit jantung merupakan pembunuh nombor satu, adalah wajar untuk mengikuti saranan-saranan mudah dalam buku ini demi untuk mengurangkan risiko anda menjadi satu perangkaan orang yang diserangi penyakit jantung.

Ratings and reviews

5.0
1 review

About the author

Pengajian pasca ijazah Dr. Bruce Miller di New York Universitytermasuk penyelidikan berpusatkan klinikal dan pemakananyang menumpukan kepada masalah-masalah pemakanangolongan tua.Dr. Miller ialah seorang ahli Institut Sains dan PerubatanLinus Pauling, ahli piagam Pusat Aerobik Dr. KennethC o o p e r , a h l i A k a d e m i P e r u b a t a n P e n c e g a h a nAntarabangsa, Kolej Nutrisi Kegunaan Antarabangsa,pengasas Pusat Analisis Diet, di samping menjadi pakarperunding kepada Persatuan Larian dan Keafiatan Amerika.Dr. Miller juga merupakan seorang Pakar Pemakananyang Bertauliah dan Ahli Kolej Nutrisi Amerika. Kini Dr. Millermenjadi Pengarah Penyelidikan Akademi Nutrisis Amerika.Dr. Miller tinggal di Dallas bersama isterinya, Jody, yangbeliau kahwini sejak lebih dari 40 tahun dahulu.

Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.