Celik Mata Hati

· Galeri Ilmu Sdn Bhd
4.0
4則評論
電子書
248
評分和評論未經驗證  瞭解詳情

關於本電子書

Di tengah-tengah kemelut hidup yang maha dahsyat ini, masih ramai yang lebih prihatin dan lebih berminat dengan tentang gajet-gajet teknologi berbanding persoalan hati. 

 

Betapa ramai manusia yang lebih serius untuk servis keretanya berbanding ‘servis’ hatinya. Kereta dicuci, ditukar dan dihias dengan pelbagai aksesori sedangkan jiwa, fikiran dan emosi terbiar kotor dan berkarat. 

 

Justeru, tidak hairanlah mengapa ramai manusia umpama kereta rosak yang sedang terhincut-hincut dalam perjalanan hidup yang penuh cabaran ini.

 

Manusia seharusnya tidak terkapa-kapa dengan pelbagai soalan tanpa jawapan. Buku ini ditulis atas dorongan ingin melihat Islam kembali menjadi cara hidup, bukan semata-mata cara mati.

 

Buku ini akan memperlihatkan keterkaitan (linkage) yang kukuh antara hubungan dengan Allah dan manusia, ibadah dengan kerja, laba dengan pahala, material dengan spiritual, dunia dengan akhirat.

 

Insya-Allah, buku pertama dalam Modul Mukmin Profesional ini akan memfokus kepada Mukmin Profesional, Hidup Cemerlang dengan Memberi, Erti Kecemerlangan Dunia dan Akhirat, Sikap Positif Penentu Kejayaan dan Kesedaran Celik Mata Hati.


評分和評論

4.0
4則評論

關於作者

Berpengalaman lebih 30 tahun dalam penerbitan buku dan majalah berunsur Islam serta dianggap sifu dalam bidang penulisan Islami. Melalui firma motivasi Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. yang kini beliau sebagai peneraju utamanya, beliau merangka modul dan mengendalikan program-program motivasi dengan pendekatan Islam untuk organisasi, syarikat korporat, pelajar dan awam. Sering berada di pentas forum serta ke udara dalam rancangan televisyen dan radio membicarakan isu-isu yang pelbagai menggunakan suluhan kacamata Islam.

 

Lahir di Ipoh, Perak, beliau juga berpengalaman menjelajah ke pelbagai negara seperti China, negara-negara Timur Tengah, Britain dan Turki. Beliau aktif menulis dalam blognya genta-rasa.com dan telah menghasilkan banyak buku. Modul Mukmin Profesional 2: Celik Mata Hati adalah buku kelapan beliau bersama Galeri Ilmu selepas Satu Rasa Dua Hati, Nota Fikir Untuk Zikir,Seraut Kata Selaut Rasa, Katakan Pada Hati, Revolusi, Laba Di Sebalik Bala dan Kilas dalam Kias.


為這本電子書評分

歡迎提供意見。

閱讀資訊

智慧型手機與平板電腦
只要安裝 Google Play 圖書應用程式 Android 版iPad/iPhone 版,不僅應用程式內容會自動與你的帳戶保持同步,還能讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
筆記型電腦和電腦
你可以使用電腦的網路瀏覽器聆聽你在 Google Play 購買的有聲書。
電子書閱讀器與其他裝置
如要在 Kobo 電子閱讀器這類電子書裝置上閱覽書籍,必須將檔案下載並傳輸到該裝置上。請按照說明中心的詳細操作說明,將檔案傳輸到支援的電子閱讀器上。