Berlawan Dengan Syaitan II: Pembalasan Azazil

· Berlawan Dengan Syaitan 2권 · Geinwo Enterprise
4.7
리뷰 12개
eBook
218
페이지
검증되지 않은 평점과 리뷰입니다.  자세히 알아보기

eBook 정보

Siri 2 ini mengisahkan sambungan pengalaman watak utama Shah Iskandar dan Ayahnya dalam menentang kejahatan yang semakin berleluasa. Kali ini musuh mereka bukan calang-calang musuh. Azazil menjadi watak jahat yang merupakan perantara kepada segala kejahatan di dalam cerita kali ini.

Shah dan abahnya kembali dalam pengembaraan mistik menentang syaitan. Kali ini mereka diperlukan oleh saudara mereka Nina yang tinggal bersama Sofea selepas kematian Datuk Hisyam yang sangat misteri. Musuh Shah pada kali ini adalah Azazil yang merupakan syaitan yang bertanggungjawab memporak-perandakan kepercayaan ahli-ahli lembaga pengarah syarikat Cemerlang Venture yang diterajui oleh Datuk Hisyam. Datuk Halim, Datuk Kassim dan Datuk Murad berganding bahu untuk menguasai syarikat yang ditinggalkan oleh Datuk Hisyam. Namun, Sofea iaitu anak tunggal Datuk Hisyam berjuang habis-habisan menentang kejahatan yang cuba menular didalam syarikat dengan bantuan Shah dan abahnya. Orang kanan Sofea iaitu Asad berganding untuk mempertahankan benteng syarikat yang terakhir dari serangan mistik mereka yang cuba mengambil alih tampuk pemerintahan.

Anak Datuk Halim iaitu Adli dan Maria masing-masing mempunyai agenda yang tersendiri. Adli ingin memiliki Sofea manakala Maria mencemburui Sofea sejak mereka melanjutkan pelajaran di Universiti lagi. Sofea pelajar yang cemerlang dan tiada tandingnya di Universiti dan ini menyebabkan Maria mempunyai rancangan jahat untuk menamatkan riwayat Sofea yang sangat dibencinya.

Datuk Kassim mempunyai agenda untuk menjadi pemilik utama syarikat Cemerlang Venture tanpa pengetahuan ahli-ahli lembaga pengarah yang lain. Anaknya si kembar Arina dan Arini mempunyai misi untuk membunuh Asad iaitu orang kanan Sofea kerana sikap Asad yang tidak mahu melayan perasaan mereka terhadap lelaki berkenaan. Kedua-duanya mempunyai perasaan yang sama ke atas lelaki yang sama.

Sementara itu, Datuk Murad seorang yang kaki perempuan dan dia tidak mengira siapa sahaja yang disukainya dan dia akan dapatkannya walaupun wanita itu adalah isteri kepada ahli-ahli lembaga pengarah syarikat juga. Dia mempunyai hubungan sulit dengan Datin Faridah dan Datin Asmawani yang merupakan isteri kepada Datuk Halim dan Datuk Kassim. Isterinya sendiri iaitu Datin Suria mempunyai hubungan sulit dengan Kamal iaitu salah seorang pekerja syarikat yang selalu menjadi pemandu khas kepada isterinya untuk sebarang tujuan tidak rasmi.

Edriana adalah rakan baik Sofea dan menjadi mangsa kepada Azazil dan Pak Ramlan yang memanipulasi fikiran Adli yang telah membunuhnya tanpa belas kasihan.

Azazil dan Pak Ramlan yang telah mengorbankan Rahim, Maria dan Adli terus mengganas menghasut kesemua watak-watak jahat di atas untuk menghapuskan Sofea yang hanya dilindungi oleh Shah, abahnya dan Asad.

Maria terus memburu Sofea untuk menyempurnakan niat jahatnya dengan bantuan Pak Ramlan dan Azazil.

Sofea selaku watak utama ini berjuang sehingga ke akhir bersama Shah dan abahnya untuk mempertahankan haknya dan menentang kebatilan. Dalam proses itu Sofea kehilangan sahabatnya dan juga orang kanannya. Selain itu, abah Shah Iskandar tercedera teruk dalam misi mereka kali ini. Adakah kebenaran kan ditegakkan? Adakah keadilan akan tercipta? Dapatkan nashkah anda hari ini untuk mengetahui kesudahan cerita ini.

평점 및 리뷰

4.7
리뷰 12개

저자 정보

Shah Iskandar merupakan penulis baru dalam bidang genre seram. Hasil tulisannya kebanyakkan adalah melalui pengalaman sendiri dan juga pengalaman orang lain yang didengari dan diolah untuk menjadi sebuah cerita seram.

Ini hanyalah merupakan karya Shah Iskandar yang kedua dalam Siri Berlawan Dengan Syaitan. 

Shah Iskandar mendapat pendidikan sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Kepujian di USM Pulau Pinang dalam bidang yang sangat tidak ada kaitan dengan karier yang baru diceburinya ini.

Shah Iskandar memohon sokongan anda untuk lebih banyak berkarya dan menjadi sebahagian daripada komuniti pembaca-pembaca atau peminat-peminat cerita seram yang tidak hanya bercerita mengenai hantu dan syaitan yang sering dimomokkan dalam rancangan drama atau filem.

Akhir kata semoga anda terus menyokong karya Shah Iskandar sampai bila-bila.

이 eBook 평가

의견을 알려주세요.

읽기 정보

스마트폰 및 태블릿
AndroidiPad/iPhoneGoogle Play 북 앱을 설치하세요. 계정과 자동으로 동기화되어 어디서나 온라인 또는 오프라인으로 책을 읽을 수 있습니다.
노트북 및 컴퓨터
컴퓨터의 웹브라우저를 사용하여 Google Play에서 구매한 오디오북을 들을 수 있습니다.
eReader 및 기타 기기
Kobo eReader 등의 eBook 리더기에서 읽으려면 파일을 다운로드하여 기기로 전송해야 합니다. 지원되는 eBook 리더기로 파일을 전송하려면 고객센터에서 자세한 안내를 따르세요.