Said Budi Hikayat bin Said Muhsin┬аmerupakan seorang pelajar yang pintar. Tetapi dia lebih dikenali dengan sikapnya yang suka membuli sama ada di rumah mahu pun di sekolah. Di sekolah, yang selalu menjadi mangsa bulinya ialah rakan sekelasnya iaitu,┬аFarid. Walaupun selalu dibuli,┬аFarid┬аtetap tidak pernah membenci atau berdendam terhadap┬аBudi. Ini membuatkan┬аBudi┬аtertanya-tanya, mengapakah┬аFarid┬аbersikap sedemikian. Bagaimanakah┬аFarid┬аmampu bertahan dengan sikap┬аBudi┬аyang suka membuli itu? Dapatkan jawapannya di dalam kisah┬атАШBUDI SI PEMBULIтАЩ.