HARTINI

· Buku Fixi
4.0
2 reviews
Ebook
508
Pages
Ratings and reviews aren’t verified  Learn More

About this ebook

Tahun 1960-an. Hartini dan beberapa rakan sedang menuntut di maktab perguruan di Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Mereka gadis moden yang periang dan punya impian untuk masa depan.

Hartini berkenalan - mula-mula dengan karya, dan kemudian dengan diri - seorang penulis bernama Amli, yang berbakat besar tapi dihimpit kekangan hidup. Bibit-bibit perkenalan mereka turut dikembangkan melalui surat-surat di mana mereka mula kongsi isi hati masing-masing, kendatipun tetap ada yang dirahsiakan atau tidak sanggup ditulis.

Wujudnya salah sangka dan 'pihak ketiga' yang merupakan kawan Hartini sendiri, menambah liku untuk mereka benar-benar melafazkan cinta.

Apabila Amli semakin menempa nama, akan lupakah dia tentang Hartini?

(Buku Fixi) (Fixi Retro)

Ratings and reviews

4.0
2 reviews

About the author

Aziz Afkar (Abdul Aziz @ Hussin bin Ismail) lahir pada 12 Disember 1942 di Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pasir Panjang, Sekolah Arab dan Sekolah Grammar, Kuala Terengganu.

Ketika beliau berumur 12 tahun, beliau dipelihara neneknya, Nik binti Ismail. Karya pertama Aziz, Aku Untukmu, diterbitkan M.N. Abdul Hamid, Kuala Lumpur dalam tahun 1960-an dalam tulisan Jawi. Kemudian, Aziz melebarkan penanya dalam bidang penulisan cerpen, rencana dan novel.

Pada tahun 1967, Hartini diterbitkan oleh Pustaka Antara, Kuala Lumpur. Editor yang menangani penerbitannya ialah Arena Wati. Malah Arena Wati yang mencadangkan nama pena “Aziz Afkar” yang digubah dari kata dasar “fikir”.

Hartini dicetak ulang sebanyak 14 kali, iaitu 11 kali dengan Pustaka Antara dan tiga kali oleh Creative Enterprise pada tahun 1990-an. Pada tahun 1995, kontroversi tercetus apabila Hartini dijadikan telemovie tanpa keizinannya; kes ini dibawa ke mahkamah sampai beroleh kemenangan.

Novel-novelnya yang lain termasuk Jambatan (1996) yang memenangi hadiah kedua Novel Melayu Baru Perangsang - GAPENA.

Aziz mendirikan rumah tangga dengan seorang penulis Singapura, Kamariah Awang pada tahun 1976. Mereka dianugerahkan lima anak iaitu Azil Hakim, Azmaya, Azil Hizaq, Azmira, dan Azliana. Selain menulis, tugas hakikinya adalah sebagai kontraktor.

*

Petikan wawancara Dewan Sastera (1 April 2002):


Adakah novel Hartini merupakan kisah benar?

Hartini sebahagian besar peristiwanya merupakan kisah benar. Hartini ditulis berdasarkan pengalaman saya sendiri, ditambah sedikit dengan apa yang saya lihat, apa yang saya dengar, apa yang saya rasa, dan akhir sekali apa yang saya fikirkan (bayangkan).


Adakah Saudara Aziz puas dengan Hartini?

Untuk novel yang bertemakan percintaan, Hartini sudah cukup. Kalau saya mahu menulis lagi, saya akan menerokai tema-tema yang lain pula. Misalnya seperti novel Jambatan. Walaupun masih terdapat unsur cinta, tetapi liku percintaannya amat berbeza.


Adakah akan lahir Hartini II seperti Al-Taha tulis Saga II?

Hartini hanya satu. Kalau ada lagi, dia bukan Hartini.


Sebagai pengarang Hartini, pernahkah peminat menghantar surat?

Peminat Hartini yang menulis surat terdiri daripada perempuan dan lelaki. Dan seperti dalam banyak hal perempuan selalunya lebih ramai daripada lelaki. … Ada sekali dahulu penerbit terpaksa mengirimkan surat-surat daripada pembaca ke rumah. Ini menyebabkan Arena Wati bertanya: “Saya belum pernah menerima surat yang sebegini banyak. Sebenarnya apa yang dia orang mahu?" Saya jawab: "Biasa, pak. Selain dari ingin berkenalan, dia orang bertanya apakah cerita itu cerita benar." Dan sebelum saya bercerita lebih panjang Arena Wati terus menyergah: "Bodoh. Mana ada cerita benar?" Lalu saya terdiam. Tak payah saya beri jawapan kepadanya apa jawapan yang saya berikan kepada mereka yang bertanya itu.

***

Aziz Afkar meninggal dunia pada 11 Januari 2007.

Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.