Andai Itu Takdirnya (Cover Baru)

· Karangkraf
4.7
124 則評論
電子書
583
頁數
評分和評論未經驗證 瞭解詳情

關於這本電子書

Novel yang menjadi pilihan ribuan pembaca kini dicetak semula! Novel ini juga bakal diadaptasi ke drama dalam masa terdekat! Antara karya Siti Rosmizah yang harus dimiliki.


SINOPSIS:


“Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kerana kesalahan yang pernah dibuat pada saya.”


“Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah jadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling.”


Andai itu takdir-NYA, dia akan menempuhinya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela.


“Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-NYA sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil.


HALAMAN: 592

ILHAM PENULIS:


Umpama mimpi dalam mimpi, itulah perkataan yang tepat hingga tercetusnya ilham saya ini. Saya tertanya sendiri adakah saya seorang yang suka berimaginasi hingga terbawa dalam mimpi?

Rasanya tidak, kerjaya sebagai seorang peguam yang segalanya mementingkan fakta telah membataskan pemikiran saya untuk keluar dari lingkungan profesion saya ini. Pelik tapi benar, selama tiga malam berturut-turut saya bermimpi satu kisah yang sama.

Bermula dengan pengenalan cerita pada malam pertama diikuti dengan babak klimaks pada malam kedua dan penutup pada malam terakhirnya. Pelik, kan? Bukan mudah untuk menjadi seorang penulis, satu bidang yang begitu berlawanan dengan apa yang saya praktikkan sekarang.

Dengan sokongan dan galakan suami, keluarga dan rakan-rakan, saya akhirnya melihat dari satu sudut yang positif, segala yang terjadi atas kehendak yang Maha Esa, mungkin mimpi itu bukan satu mainan tidur untuk saya tetapi satu anugerah dari-NYA. - Siti Rosmizah -

評分和評論

4.7
124 則評論

為這本電子書評分

請分享你的寶貴意見。

閱讀資訊

智能手機和平板電腦
請安裝 Android 版iPad/iPhone 版「Google Play 圖書」應用程式。這個應用程式會自動與你的帳戶保持同步,讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
手提電腦和電腦
你可以使用電腦的網絡瀏覽器聆聽在 Google Play 上購買的有聲書。
電子書閱讀器及其他裝置
如要在 Kobo 等電子墨水裝置上閱覽書籍,你需要下載檔案並傳輸到你的裝置。請按照說明中心的詳細指示,將檔案傳輸到支援的電子書閱讀器。