Kemunculan daun kering yang bersepah di depan pintu rumah, kelibat nenek tua berwajah hodoh, dan suara sayup memanggilnya dari luar tingkap telah membawa Ammar pulang ke kampung yang sudah bertahun-tahun ditinggalkan. Tujuannya untuk meminta bantuan ayahnya, Saddiq yang terkenal dengan kebolehannya menghalau gangguan makhluk ghaib. Namun kepulangan itu telah memerangkap Ammar dalam jaringan masa lalu keluarga yang selama ini disembunyikan darinya.Selepas sebuah rahsia terbongkar, Ammar mula berhadapan konflik yang berakar dari dendam, sihir, dan tragedi yang berlaku lebih 25 tahun lalu. Di sebalik semua kejadian, terselit kisah tentang kuasa yang melampaui kebolehan manusia. Pilihannya cuma dua - mengikut pesan ayahnya, atau terjerumus dalam kegelapan yang kekal?
(Buku Fixi) (Fixi Reboot)