“Tapi... Anak kucing itu kan tak sihat, mama. Anak kucing ni lebih perlukan perhatian Amani.”
Subhanallah, indahnya jika kita berkasih sayang antara satu sama lain. Raidah baru sahaja menerima seorang adik perempuan baharu. Raisyah namanya. Amani juga menerima kenalan baharu di Taman Negara.
Mimi, kucing kesayangan Amani pun ada kawan baharu juga tau! Kasih sayang ini bukan sahaja sesama manusia. Tetapi kepada seluruh
makhluk Allah SWT. Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana Amani menunjukkan kasih sayang Amani, tunggu apa lagi?
Jom kita selami ‘ Amani Sayang Semua! ’