ALLAH SAYANG KITA 2

· SIRI ALLAH SAYANG KITA 2-kitob · Ana Muslim Sdn Bhd
E-kitob
48
Sahifalar soni
Reytinglar va sharhlar tasdiqlanmagan  Batafsil

Bu e-kitob haqida

SIRI ALLAH SAYANG KITA - 2

Pinpin adalah seekor anak penyu yang telah terpisah daripada keluarganya apabila dia dihanyutkan arus ketika bermain bersama-sama adik-beradiknya di dasar laut. Namun, Pinpin bernasib baik apabila takdir telah menemukan Pinpin dengan Doli, Betty, Kaka, Leman, Bibo dan Cumi; yang juga merupakan haiwan hidupan laut yang baik hati. Mereka cuba membantu Pinpin menjalani kehidupan tanpa keluarganya sehinggalah akhirnya mereka menjadi sahabat baik.

Siri Allah Sayang Kita ini diharap dapat mendidik anak-anak agar sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan Allah SWT kepada kita. Allah SWT menyayangi setiap makhluk ciptaan-Nya. Allah memberi nikmat dan ujian supaya kita menjadi hamba-Nya yang bersyukur. Ini kerana setiap makhluk ciptaan Allah SWT itu mempunyai kelebihan dan kekurangannya sendiri.

Buku ini cuba menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak-akhlak terpuji seperti tolong-menolong, hormat-menghormati, sayang-menyayangi dan banyak lagi; yang boleh diteladani dan menjadi contoh kepada anak-anak dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Melalui buku ini juga, anak-anak akan dapat menimba ilmu sains penciptaan dan kehidupan di laut. Justeru, diharap buku ini dapat membantu ibu bapa untuk membentuk peribadi anak mengikut syariat Islam. Insya-Allah.

Selamat membaca!

Bu e-kitobni baholang

Fikringizni bildiring.

Qayerda o‘qiladi

Smartfonlar va planshetlar
Android va iPad/iPhone uchun mo‘ljallangan Google Play Kitoblar ilovasini o‘rnating. U hisobingiz bilan avtomatik tazrda sinxronlanadi va hatto oflayn rejimda ham kitob o‘qish imkonini beradi.
Noutbuklar va kompyuterlar
Google Play orqali sotib olingan audiokitoblarni brauzer yordamida tinglash mumkin.
Kitob o‘qish uchun mo‘ljallangan qurilmalar
Kitoblarni Kobo e-riderlar kabi e-siyoh qurilmalarida oʻqish uchun faylni yuklab olish va qurilmaga koʻchirish kerak. Fayllarni e-riderlarga koʻchirish haqida batafsil axborotni Yordam markazidan olishingiz mumkin.